Persepsi impak dasar fiskal terhadap isi rumah B40 di Lembah Klang

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat dari penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan kejutan ekonomi yang menyebabkan sosioekonomi isi rumah golongan B40 terkesan. Ramai dalam kalangan mereka kehilangan pekerjaan seterusnya hilang sumber pendapatan. Oleh itu, pelbagai usaha dan bantuan dari kera...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Fadzilah Salamon,, Lai, Wei Sieng, Mustazar Mansur,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22042/1/53889-212096-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22042/
http://ejournal.ukm.my/gmjss/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat dari penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan kejutan ekonomi yang menyebabkan sosioekonomi isi rumah golongan B40 terkesan. Ramai dalam kalangan mereka kehilangan pekerjaan seterusnya hilang sumber pendapatan. Oleh itu, pelbagai usaha dan bantuan dari kerajaan telah dilaksanakan bagi menangani masalah tersebut. Maka, kajian bermatlamat untuk menganalisis impak dasar fiskal terhadap sosioekonomi isi rumah B40 kesan daripada pandemik COVID-19 di kawasan Lembah Klang. Kajian menggunakan pendekatan penyelidikan kuantitatif dengan mengedarkan soal selidik dalam talian kepada golongan B40 di Lembah Klang. Seramai 521 responden telah melengkapkan soal selidik ini. Data kajian dianalisis secara diskriptif dengan menggunakan pendekatan analisis kekerapan dan secara empirikal dengan menggunakan pendekatan regresi ordinal. Hasil kajian mendapati secara amnya responden bersetuju bahawa dasar fiskal yang dilaksanakan oleh kerajaan membantu mengurangkan bebanan kewangan kesan pandemik COVID-19 selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 1.0. Selain itu, kajian berterusan dicadangkan bagi mengetahui kesan dasar fiskal terhadap isi rumah B40 agar keputusan yang diperolehi boleh dijadikan sebagai rujukan yang berterusan kepada pihak kerajaan dalam menangani krisis ekonomi dalam pelbagai situasi.