Implikasi konflik dalam kalangan pembesar Melayu dan kesannya terhadap perkembangan sejarah Lukut, 1824-1880

Makalah ini memfokuskan tentang implikasi konflik dalam kalangan pembesar Melayu dan kesannya terhadap perkembangan sejarah Lukut dari tahun 1824 sehingga 1880. Lukut juga menjadi perebutan dalam kalangan pembesar Melayu kerana ia merupakan kawasan yang kaya dengan bijih timah. Konflik yang tercetus...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Hafizah Md. Hamzah,, Adnan Jusoh,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22034/1/jatma%202023%201102%2003.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22034/
http://ejournal.ukm.my/jatma/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini memfokuskan tentang implikasi konflik dalam kalangan pembesar Melayu dan kesannya terhadap perkembangan sejarah Lukut dari tahun 1824 sehingga 1880. Lukut juga menjadi perebutan dalam kalangan pembesar Melayu kerana ia merupakan kawasan yang kaya dengan bijih timah. Konflik yang tercetus disebabkan oleh beberapa isu, antaranya tuntutan pemisahan Lukut dari wilayah Kesultanan Selangor, isu persempadanan Lukut-Sungai Ujong, perebutan kawasan dan juga bebanan hutang. Keadaan ini menyebabkan situasi Lukut menjadi tidak stabil sehingga membawa kepada kemerosotan ekonomi. Objektif makalah ini adalah untuk membincangkan faktor yang mendorong sehingga tercetusnya konflik dalam kalangan pembesar Melayu dan implikasinya terhadap perkembangan sejarah Lukut. Kaedah kualitatif telah digunakan untuk menghasilkan artikel ini dengan menganalisis sumber primer seperti fail-fail kerajaan, surat khabar, peta, dokumen dan lain-lain di Arkib Negara Malaysia dan beberapa buah perpustakaan seperti Perpustakaan Tun Sri Lanang (UKM) dan Perpustakaan Tuanku Bainun (UPSI). Manakala sumber sekunder pula adalah dengan merujuk buku, artikel dan kertas kerja seminar. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa faktor yang telah mencetuskan konflik dalam kalangan pembesar Melayu di Lukut. Keadaan ini mengakibatkan Lukut menjadi tidak stabil sehingga tercetusnya perang saudara antara Raja Bot dan Raja Sulaiman. Selain itu, berlaku pemisahan Lukut dari wilayah Kesultanan Selangor sehingga mengakibatkan peranan Raja Bot sebagai pembesar Melayu di daerah Lukut juga telah berakhir. Kesimpulan, konflik dalam kalangan pembesar Melayu telah meninggalkan kesan yang besar dalam perkembangan sejarah di Lukut. Malahan, keadaan yang tidak stabil ini juga telah menjadi batu loncatan kepada penjajah British untuk campur tangan dan menguasai Lukut