Penerimaan, minat dan amalan pelajar tingkatan 6 terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu secara dalam talian

Pandemik COVID-19 telah mengubah lanskap pendidikan di Malaysia. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran terpaksa dilaksanakan secara dalam talian. Merujuk kepada situasi yang berlaku, kajian ini dilaksanakan untuk melihat penerimaan, minat dan amalan pelajar tingkatan 6 terhadap PdP Bahasa Mel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Chew, Fong Peng, Billy Anak Meredan,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22015/1/JPBM_1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22015/
https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pandemik COVID-19 telah mengubah lanskap pendidikan di Malaysia. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran terpaksa dilaksanakan secara dalam talian. Merujuk kepada situasi yang berlaku, kajian ini dilaksanakan untuk melihat penerimaan, minat dan amalan pelajar tingkatan 6 terhadap PdP Bahasa Melayu dalam talian. Bagi mencapai matlamat kajian ini, kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan dilaksanakan untuk mengumpul data. Soal selidik dilaksanakan secara dalam talian. Dapatan kajian menunjukkan tahap penerimaan, minat dan amalan pelajar terhadap PdP dalam talian adalah tinggi. Selain itu, kajian juga mendapati tidak terdapat hubungan antara penerimaan, minat dan amalan pelajar tingkatan 6 terhadap PdP Bahasa Melayu secara dalam talian. Di samping itu, kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan penerimaan dan amalan pelajar terhadap PdP Bahasa Melayu secara dalam talian berdasarkan lokasi tempat tinggal, tetapi terdapat perbezaan minat pelajar terhadap PdP Bahasa Melayu secara dalam talian berdasarkan tempat tinggal. Oleh itu, guru-guru perlu mengambil kira faktor tempat tinggal para pelajar tingkatan 6 dalam pengajaran Bahasa Melayu dalam talian.