Pemerkasaan dan pembangunan komuniti Orang Asli melalui ekopelancongan
Lembah Belum merupakan kawasan yang kaya dengan keunikan ekosistem alam dan kepelbagaian spesies flora dan fauna. Selain itu, kawasan ini juga diperkaya dengan adanya kelompok kecil komuniti Orang Asli suku Jahai yang masih kental dengan budaya tradisional. Lembah Belum berpotensi dibangunkan...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21975/1/Akademika_17.pdf http://journalarticle.ukm.my/21975/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Lembah Belum merupakan kawasan yang kaya dengan keunikan ekosistem alam dan kepelbagaian
spesies flora dan fauna. Selain itu, kawasan ini juga diperkaya dengan adanya kelompok kecil
komuniti Orang Asli suku Jahai yang masih kental dengan budaya tradisional. Lembah Belum
berpotensi dibangunkan sebagai kawasan tumpuan bagi industri pelancongan yang bersifatkan
ekosistem alam dan budaya komuniti setempat. Justeru, kegiatan ekopelancongan turut
melibatkan masyarakat dan komuniti setempat yang mempunyai kawalan yang terhadap kegiatan
pelancongan secara ketara dan penglibatan secara langsung dalam pembangunan dan
pengurusannya yang sebahagian besar manfaatnya kekal dalam masyarakat. Ekopelancongan di
kawasan Lembah Belum juga turut meminimumkan kesan negatif terhadap persekitaran alam
semula jadi dan sosio-budaya Orang Asli, selain berfungsi untuk menyokong perlindungan
kawasan alam semula jadi dengan menjana manfaat ekonomi melalui pendapatan alternatif dan
pekerjaan sampingan untuk komuniti setempat. Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan
ekopelancongan peribumi (Orang Asli) berasaskan komuniti Orang Asli di Lembah Belum dan
persekitaran hidup mereka untuk menjelaskan pemahaman tentang hubungan yang kompleks
antara sektor pelancongan Orang Asli, warisan budaya tradisional dan perlindungan ekologi.
Kajian ini menggunakan pendekatan pengumpulan data secara kualitatif, termasuk sesi temu bual
separa berstruktur dengan pihak berkepentingan dan anggota komuniti Orang Asli. Hasil kajian
mendapati beberapa impak penting dalam kegiatan ekopelancongan di kawasan Lembah Belum
antaranya ialah kegiatan ekopelancongan diperkaya melalui pendidikan alam sekitar,
ekopelancongan Orang Asli sebagai bentuk kemapanan kehidupan, ekopelancongan mengekalkan
warisan budaya Orang Asli setempat. Selain itu, ekopelancongan di Lembah Belum diperkaya
dengan ekosistem alam sebagai tarikan kepada kegiatan ekopelancongan dan impak
ekopelancongan itu sendiri kepada sosioekonomi komuniti Orang Asli. Pembangunan
ekopelancongan di Lembah Belum haruslah menggalakkan penyertaan secara langsung dalam
kalangan komuniti Orang Asli selain adanya pembangunan pendidikan untuk mewujudkan
kesedaran kepada orang ramai bersama-sama memelihara dan mengekalkan ekosistem di
persekitaran alam semulajadi. |
---|