Isu tanah dan hutang dalam kalangan orang Melayu Kedah berdasarkan Surat Undang-Undang, 1882-1909

Kajian ini membincangkan isu tanah dan permasalahan hutang dalam kalangan orang Melayu Kedah berdasarkan koleksi tempatan iaitu Surat Undang-Undang (SUU). Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menilai sejauh mana isu tanah dan hutang membelenggu kehidupan orang Melayu Kedah sekitar tahun 18...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Haslindawati Saari,, Azmah Abd Manaf,, Norizan Kadir,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21958/1/Akademika%209.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21958/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan isu tanah dan permasalahan hutang dalam kalangan orang Melayu Kedah berdasarkan koleksi tempatan iaitu Surat Undang-Undang (SUU). Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menilai sejauh mana isu tanah dan hutang membelenggu kehidupan orang Melayu Kedah sekitar tahun 1882 hingga 1909. Masalah hutang dan kehilangan tanah yang dihadapi oleh orang-orang Melayu menyebabkan mereka hidup dalam kesusahan. Perubahan dalam pentadbiran, perundangan dan pemilikan tanah telah mengubah persepsi orang-orang Melayu terhadap kepentingan tanah. Tanah bukan sahaja dilihat sebagai tempat bercucuk tanam dan mencari rezeki tetapi tanah juga berfungsi sebagai modal dan pelaburan jangka panjang. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis Surat Undang-Undang yang diperoleh dari Arkib Negara Malaysia Cawangan Perlis/Kedah di samping sumber primer dan sumber sekunder lain. Walaupun pejabat tanah yang wujud di Kedah pada tahun 1882 menunjukkan bahawa pentadbiran tanah Kedah mengalami kemajuan dan pemodenan tetapi hasil kajian menunjukkan bahawa masalah hutang dan isu kehilangan tanah dalam kalangan orang Melayu adalah amat serius. Isu hutang dan masalah kehilangan tanah bukan sahaja melibatkan golongan petani yang miskin tetapi turut membabitkan golongan atasan dan para pegawai kerajaan negeri. Hal ini turut berkait rapat dengan perubahan dalam polisi pentadbiran tanah yang dilaksanakan oleh kerajaan Kedah. Pentadbiran tanah yang bersifat tradisional tidak lagi diamalkan sebaliknya kerajaan Kedah memperkenalkan sistem pemilikan tanah yang beracuan Barat. Sehubungan itu, orang-orang Melayu, terutamanya golongan petani berhadapan dengan pelbagai isu berkaitan tanah seperti proses mendapatkan tanah, masalah pemilikan tanah, cukai dan sewa tanah yang menyukarkan kehidupan mereka. Meskipun terdapat usaha-usaha daripada kerajaan Kedah bagi menambahbaik perundangan tanah, namun usaha tersebut masih tidak menguntungkan orang Melayu kelas bawahan. Penstrukturan dan penguatkuasaan hal ehwal tanah yang tidak teliti ini telah menyebabkan kehidupan orang Melayu semakin terhimpit dan dibelenggu pula dengan masalah hutang.