Perubahan status tanah adat di Negeri Sembilan menurut perspektif Islam

Tanah adat di Negeri Sembilan berasaskan adat perpatih yang mesti dikekalkan secara turun temurun secara warisan dan jagaan wanita, maka tidak boleh dijual beli. Namun, apabila berlaku pengambilalihan oleh kerajaan maka timbul persoalan apakah ia dibenarkan oleh undang-undang dan juga hukum sy...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mat Noor Mat Zain,, Nur Amira Azaldin,, Azlin Alisa Ahmad,
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21892/
http://www.ukm.my/jcil/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tanah adat di Negeri Sembilan berasaskan adat perpatih yang mesti dikekalkan secara turun temurun secara warisan dan jagaan wanita, maka tidak boleh dijual beli. Namun, apabila berlaku pengambilalihan oleh kerajaan maka timbul persoalan apakah ia dibenarkan oleh undang-undang dan juga hukum syarak. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti status tanah adat yang telah bertukar taraf dari perspektif perundangan dan hukum. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa pengambilan tanah adat di Negeri Sembilan oleh pihak kerajaan adalah dibenarkan dari segi undang-undang. Begitu juga dengan hukum adat kerana ia boleh berubah setelah mendapat persetujuan Ketua Adat dan ahli suku yang lain. Dari segi hukum syarak, ia juga dibolehkan jika dilakukan oleh pemerintah kerana tindakannya adalah berasaskan kemaslahatan rakyat dan negara.