Maqasid syariah dalam keharusan hibah ruqba

Banyak syarikat perancangan dan pengurusan harta orang Islam di Malaysia menawarkan produk hibah yang bersandarkan syarat ruqba. Amalan konsep akad hibah ruqba ini semakin berkembang penggunaannya dari semasa ke semasa sedangkan terdapat pelbagai pandangan dalam kalangan ahli fiqh berkaitan hibah ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Safina Mohd Sharif,, Noor Lizza Mohamed Said,
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21870/
http://www.ukm.my/jcil
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Banyak syarikat perancangan dan pengurusan harta orang Islam di Malaysia menawarkan produk hibah yang bersandarkan syarat ruqba. Amalan konsep akad hibah ruqba ini semakin berkembang penggunaannya dari semasa ke semasa sedangkan terdapat pelbagai pandangan dalam kalangan ahli fiqh berkaitan hibah yang bersandarkan syarat ruqba. Konsep hibah ruqba yang berbeza dengan kaedah asal hibah mutlak menjadi persoalan adakah terdapat keperluan dan kemaslahatannya pada masa kini. Timbul juga persoalan apakah maqsad utama keharusan hibah ruqba disamping melihat pengamalannya di Malaysia. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengetahui pengamalan produk hibah yang bersandarkan syarat ruqba di Malaysia di samping mengetahui maqasid syariah dalam keharusan hibah ruqba. Kajian ini berbentuk kualitatif melalui pendekatan analisis kandungan daripada sumber fiqh, maqasid syariah dan laporan-laporan kes di Mahkamah Syariah. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat maqasid syariah dalam keharusan hibah yang bersandarkan syarat ruqba terutamanya dalam produk-produk hibah ruqba yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat perancangan dan pengurusan harta di Malaysia.