Status patuh syariah e-money bagi akaun e-wallet popular di Malaysia

E-Wallet atau dompet digital merupakan aplikasi atau perkhidmatan secara online yang membolehkan seseorang melaksanakan urusniaga secara elektronik bersama pihak lain melalui pertukaran wang digital (e-Money) dengan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji status...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khairul Azmil Md Noor,, Amir Fazlim Jusoh,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21863/1/Jusoh-Yusoff-Md-Noor-2022.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21863/
http://www.ukm.my/jcil
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:E-Wallet atau dompet digital merupakan aplikasi atau perkhidmatan secara online yang membolehkan seseorang melaksanakan urusniaga secara elektronik bersama pihak lain melalui pertukaran wang digital (e-Money) dengan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji status deposit e- Money dalam e-Wallet, jenis akaun penyimpanan e-Money, status ganjaran e-Wallet dan status pengeluarannya menurut syariah kerana setiap apa-apa bentuk pengurusan kewangan semasa kini memerlukan kepatuhan syariah seperti yang dituntut kepada umat islam. Kajian memfokuskan status e-Money pada tiga syarikat penyedia iaitu Touch ‘n Go eWallet, Grab Pay dan Boost. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan analisis kandungan untuk mendapatkan data dari sumber primer dan sekunder. Kajian ini mendapati e-Money yang terdapat pada ketiga-tiga e-Wallet yang dikaji secara umumnya dianggap halal tetapi masih terdapat perkara-perkara yang memerlukan kajian lanjutan.