Kesan pandemik Covid-19 ke atas kesejahteraan sosial penduduk PPR di Kuala Lumpur

Pandemik COVID-19 adalah satu fenomena baru yang tidak dijangka sehingga mengubah kesemua aspek kehidupan manusia ke norma baharu. Para penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang terdiri daripada kelompok B40 dijangka mengalami kesukaran kehidupan seiring dengan gelombang perintah kawalan pergeraka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Cheong, Chong Chan, Ahmad Rizal Mazlan,, Nor Pujawati Md Said,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21850/1/59896%20210074%201%20PB%20Kesan%20Pandemik%20COVID%2019%20Ke%20Atas%20Kesejahteraan%20Sosial.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21850/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pandemik COVID-19 adalah satu fenomena baru yang tidak dijangka sehingga mengubah kesemua aspek kehidupan manusia ke norma baharu. Para penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang terdiri daripada kelompok B40 dijangka mengalami kesukaran kehidupan seiring dengan gelombang perintah kawalan pergerakan yang telah dilaksanakan berulang kali. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan pandemik COVID-19 ke atas kesejahteraan sosial penduduk PPR. Seramai 1200 penduduk PPR telah mengisi borang soal selidik yang diedarkan samada secara fizikal mahupun secara atas talian. Sebanyak sembilan soalan digunakan untuk meneroka tahap kesejahteraan sosial dan kesemua soalan tersebut adalah diadaptasikan daripada dua set soal-selidik terpiawai iaitu The Satisfaction with Life Scale (SWLS) oleh Diener et al. (1985) dan Perceived Stress Scale oleh Cohen (1994). Ujian t berpasangan telah dilakukan untuk membuat perbandingan min bagi sembilan soalan tersebut untuk situasi sebelum dan selepas perintah kawalan pergerakan (PKP). Umumnya, kesejahteraan sosial penduduk PPR telah merosot secara signifikan. Antara kemerosotan ketara yang dikenalpasti adalah keadaan kehidupan, kepuasan tentang kehidupan dan rancangan kehidupan. Namun, analisis frekuensi menunjukkan bilangan penduduk yang menganggap gaya hidup mereka menghampiri idaman masing-masing adalah sangat sedikit tidak kira waktu sebelum PKP mahupun selepas PKP. Walaupun kesejahteraan sosial penduduk PPR merosot secara signifikan selepas PKP, gaya hidup mereka sebenarnya tidak berubah secara drastik. Selain itu, data kualitatif yang telah dikumpul daripada temubual kumpulan berfokus dengan wakil persatuan penduduk PPR menjelaskan bahawa para penduduk PPR sebenarnya biasa hidup dalam keadaan yang susah sejak sebelum berlakunya Pandemik COVID-19 lagi. Mereka didapati memiliki daya tahan tersendiri untuk berdepan dengan tahap kesejahteraan sosial yang merosot. Implikasi daripada penemuan kajian ini adalah segala perancangan dan bantuan kepada kelompok B40 perlu mengambil kira faktor daya tahan yang dimiliki oleh mereka yang sedang hidup dalam keadaan yang susah.