Royalscape budaya: representasi aset utama pembudayaan negara bangsa

Budaya dikaitkan dengan pembangunan negara bangsa sesebuah negara. Pengaruh budaya ini merujuk kepada elemen kebudayaan seperti adat resam, nilai, sikap, norma dan kepercayaan. Umumnya, budaya dianggap sebagai satu set cara hidup bagi sesebuah kelompok masyarakat mahupun komuniti. Bandar Diraja Kual...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zurina Ahmad Saidi,, Zurinah Tahir,, Jalaludin Abdul Malek,, Mohd Yuszaidy Mohd. Yusof,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21834/1/62908%20210228%201%20PB%20Royalscape%20Budaya%20di%20Bandar%20Diraja%20Kuala%20Kangsar.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21834/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Budaya dikaitkan dengan pembangunan negara bangsa sesebuah negara. Pengaruh budaya ini merujuk kepada elemen kebudayaan seperti adat resam, nilai, sikap, norma dan kepercayaan. Umumnya, budaya dianggap sebagai satu set cara hidup bagi sesebuah kelompok masyarakat mahupun komuniti. Bandar Diraja Kuala Kangsar dikenali sebagai sebuah bandar warisan budaya. Bandar ini berkonsepkan bandar Diraja dan bandar warisan bersejarah yang jelas berdasarkan wujudnya bangunan-bangunan Kesultanan negeri Perak di sekitar bandar. Ia dilihat penting dalam menjadi aset utama dalam pembudayaan negara bangsa. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti representasi budaya di bandar Diraja Kuala Kangsar sebagai satu faktor pembentukan negara bangsa. Kaedah penyelidikan menggunakan data sekunder dengan analisis jurnal, laporan kerajaan dan temu bual secara berstruktur dengan pemegang taruh. Hasil dapatan menunjukkan sebagai sebuah bandar Diraja lama, Kuala Kangsar menekankan dan merepresentasikan ciri-ciri warisan sejarah dalam meningkatkan pembudayaan negara bangsa. Dari sudut pembangunan budaya di Kuala Kangsar, ia menyajikan satu bentuk budaya yang berbeza dengan budaya di bandar Diraja yang lain di Malaysia.