Tahap Kelestarian Pertanian Komuniti Pekebun Kecil Koko (KPKK) di Zon Pantai Timur Sabah (PTS)

Penurunan produktiviti tanaman koko seringkali dikaitkan dengan kuantiti, kualiti dan demografi pekebun kecil yang semakin berusia. Amalan pertanian baik (APB) yang tidak dipraktiskan dengan konsisten juga mempengaruhi kelestarian pertanian komuniti pekebun kecil koko (KPKK). Justeru, kajian bertuju...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noviatin Syarifuddin,, Asnarulkhadi Abu Samah,, Nik Ahmad Sufian Burhan,, Jasmin Arif Shah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21821/1/63300%20210225%202%20PB%20Tahap%20Kelestarian%20Pertanian%20Komuniti%20Pekebun%20Kecil%20Koko.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21821/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penurunan produktiviti tanaman koko seringkali dikaitkan dengan kuantiti, kualiti dan demografi pekebun kecil yang semakin berusia. Amalan pertanian baik (APB) yang tidak dipraktiskan dengan konsisten juga mempengaruhi kelestarian pertanian komuniti pekebun kecil koko (KPKK). Justeru, kajian bertujuan untuk mendeksripsi profil KPKK di zon Pantai Timur Sabah dan mengenal pasti tahap kelestarian pertanian KPKK dari segi sosial, ekonomi dan alam sekitar. Reka bentuk kajian kuantitatif dengan pendekatan penyelidikan tinjauan dilaksanakan ke atas 195 orang responden KPKK menggunakan borang soal selidik. Landasan model kajian adalah berdasarkan Model Kelestarian Pertanian. Item kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi berjumlah antara 0.874 sehingga 0.934. Data kajian dianalisis secara deksriptif menggunakan perisian SPSS versi 26.0. Kajian menunjukkan majoriti pekebun kecil merupakan generasi pertama penanam koko, berumur lingkungan 51 sehingga 60 tahun dan berpengalaman 1 hingga 20 tahun dalam bidang pertanian. Tahap kelestarian pertanian berada pada tahap tinggi yang didominasi oleh aspek sosial (min 4.27). Diikuti, dengan kelestarian pertanian dari segi ekonomi (min 4.25) dan alam sekitar (min 4.25). Input kajian memberi kefahaman baharu kepada model yang menjelaskan keperluan Lembaga Koko Malaysia (LKM) untuk menambahkan usaha bagi melestari pertanian koko. Ini bertepatan dengan usaha LKM bagi meningkatkan sekuriti makanan negara melalui komoditi koko.