The battle of ‘AYN JALUT : the stronghold of the Islamic world after the fall of Baghdad
Kejatuhan Baghdad mencatatkan satu sejarah hitam dalam sejarah Islam yang menandakan berakhirnya empayar Islam yang telah berkuasa selama 656 tahun sejak daripada zaman Rasulullah SAW sehinggalah Kerajaan ‘Abbasiyyah. Serangan yang dilakukan oleh Mongol adalah satu serangan yang telah mengakibatkan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Kajian Rantau Asia Barat
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21811/1/60287-199781-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/21811/ https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1533 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kejatuhan Baghdad mencatatkan satu sejarah hitam dalam sejarah Islam yang menandakan berakhirnya empayar Islam yang telah berkuasa selama 656 tahun sejak daripada zaman Rasulullah SAW sehinggalah Kerajaan ‘Abbasiyyah. Serangan yang dilakukan oleh Mongol adalah satu serangan yang telah mengakibatkan hampir 200,000-800,000 kematian dan khazanah dunia Islam musnah. Misi Hulagu Khan adalah untuk menguasai seluruh dunia Islam, namun begitu hasrat tersebut berjaya dipatahkan oleh Kerajaan Mamluk melalui Peperangan Ayn Jalut yang berlaku pada 3 September 1260M. Dimana selepas menguasai Baghdad, Hulagu Khan mengarahkan tentera Mongol bergerak ke utara Syria untuk menakluki wilayah Islam yang masih berbaki, antaranya Aleppo dan DImashq. Setelah berjaya, Hulagu Khan mula mengorak langkah untuk menguasai Mesir, dan kemudiannya telah berlaku pertembungan di antara Mongol dan Mamluk yang merupakan kerajaan yang berkuasa di Mesir, di sebuah kawasan bernama Ayn Jalut. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menganalisis Perang Ayn Jalut yang menjadi benteng pertahanan dunia Islam selepas kejatuhan Baghdad. Kajian ini dilakukan berdasarkan kaedah pensejarahan dengan menganalisis terhadap sumber primer dan sekunder serta sumber-sumber semasa yang dihasilkan. Kajian ini mendapati kemenangan Mamluk dalam Peperangan Ayn Jalut memberi kesan yang mendalam dalam sejarah Islam, sekaligus menyekat kemaraan Mongol untuk menguasai dunia Islam. |
---|