Sorotan literatur bersistematik kajian binaan kompleks bahasa Melayu dari sudut sintaksis

Makalah ini meneliti bentuk binaan kompleks dalam ayat bahasa Melayu. Kajian mengenai binaan kompleks ada dilakukan dalam pelbagai bahasa di dunia. Binaan kompleks yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah berkaitan binaan ayat kompleks. Binaan ayat terdiri daripada binaan ayat mudah dan ayat kompl...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rusydiah Abd Salam,, Maslida Yusof,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21776/1/Gema%20Online_7.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21776/
https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1602
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini meneliti bentuk binaan kompleks dalam ayat bahasa Melayu. Kajian mengenai binaan kompleks ada dilakukan dalam pelbagai bahasa di dunia. Binaan kompleks yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah berkaitan binaan ayat kompleks. Binaan ayat terdiri daripada binaan ayat mudah dan ayat kompleks. Binaan ayat mudah ialah ayat yang terdiri dari satu unsur subjek dan satu unsur predikat. Manakala, binaan kompleks pula ayat boleh terdiri daripada beberapa subjek dan beberapa predikat. Antara bentuk kajian binaan kompleks yang sering diteliti dalam pelbagai bahasa di dunia dari perspektif sintaksis merangkumi binaan predikat kompleks, struktur ayat majmuk dan kata kerja bersiri. Oleh itu, pengumpulan kajian lepas terhadap binaan kompleks dari sudut sintaksis ini perlu diteliti kembali dengan lebih teratur. Himpunan kajian yang lebih teratur ini menggunakan metodologi sorotan literatur bersistematik iaitu berdasarkan kriteria tertentu dalam protokol PRISMA bagi pemilihan artikel yang melibatkan empat pangkalan data yang besar, iaitu Scopus, Science Direct, Web of Science dan Google Scholar. Sebanyak 17 artikel telah dipilih dan layak disintesis untuk dapatan kajian. Tinjauan terhadap artikel terpilih mendapati bahawa bentuk binaan kompleks yang telah diteliti di Malaysia ialah binaan kata kerja bersiri dan ayat majmuk. Sumber data yang dipilih daripada kajian lepas adalah dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa kolokial. Perspektif sintaksis dalam sorotan literatur bersistematik ini menghuraikan kajian sintaksis terkini yang mampu berkembang dengan lebih luas sebagai satu variasi kajian bahasa yang wajar dikaji dengan mendalam oleh pengkaji seterusnya.