Pengetahuan, sikap, amalan terhadap privasi maklumat & keselamatan pembelian barangan dalam talian oleh golongan belia

Kemunculan media baharu telah membuka peluang dan ruang kepada golongan belia untuk menjalankan urus niaga melalui dalam talian. Kini, urusan pembelian dalam talian telah menjadi salah satu aktiviti wajib bagi pengguna Internet kerana ianya menjimatkan masa dan tenaga seseorang individu. Walaupun, t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Adnan Pitchan,, Mohamad Adli Baco,, Fauziah Hassan,, Akmar Hayati Ahmad Ghazali,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21571/1/55775-200453-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21571/
https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1570
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemunculan media baharu telah membuka peluang dan ruang kepada golongan belia untuk menjalankan urus niaga melalui dalam talian. Kini, urusan pembelian dalam talian telah menjadi salah satu aktiviti wajib bagi pengguna Internet kerana ianya menjimatkan masa dan tenaga seseorang individu. Walaupun, teknologi moden ini memberi pelbagai manfaat tetapi dari sudut yang lain ianya boleh memberi ancaman kepada pengguna Internet terutama golongan belia seperti menjadi mangsa penipuan dalam talian. Isu penipuan pembelian barangan dalam talian semakin hari semakin membimbangkan. Ianya semakin terjadi apabila negara menghadapi pandemik Covid-19 yang mana penggunaan e-dagang semakin meningkat dalam kalangan rakyat. Satu usaha holistik perlu dilakukan bagi melihat, menangani dan membendung isu-isu pembelian barangan dalam talian di kalangan belia. Dalam konteks ini, ilmu pengetahuan dan amalan pengguna amat penting agar mereka tidak menjadi mangsa jenayah siber. Oleh itu, kajian ini berobjektif untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan amalan golongan belia terhadap privasi maklumat dan keselamatan pembelian barangan dalam talian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang mana seramai 400 responden di Klang, Selangor telah menjawab soal selidik mengenai isu pembelian dalan talian ini. Hasil kajian mendapati, isu privasi dan keselamatan maklumat mempengaruhi sikap dan amalan golongan belia ketika membuat pembelian dalam talian. Hal ini membuktikan bahawa golongan belia yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kesedaran mampu melindungi mereka daripada menjadi mangsa jenayah siber dan seterusnya mampu mendepani risiko-risiko pembelian dalam talian.