Penaksiran risiko sel bahan api oksida pepejal (SOFC)-menggunakan rangkaian Bayesan

Tenaga boleh baharu menjadi tumpuan dunia sebagai sumber tenaga alternatif bagi penggantian penggunaan tenaga petroleum. Tenaga boleh baharu yang mendapat perhatian adalah penggunaan sel bahan api oksida pepejal (SOFC) kerana tenaga ini mempunyai pelepasan karbon yang minimum di samping kelestarian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muthieah Mulliyatdi,, Darman Nordin,, Nurzailyn Shamsuddin,, Masli Irwan Rosli,, Zamira Hasanah Zamzuri,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21550/1/S%2020.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21550/
http://www.ukm.my/jsm/index.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tenaga boleh baharu menjadi tumpuan dunia sebagai sumber tenaga alternatif bagi penggantian penggunaan tenaga petroleum. Tenaga boleh baharu yang mendapat perhatian adalah penggunaan sel bahan api oksida pepejal (SOFC) kerana tenaga ini mempunyai pelepasan karbon yang minimum di samping kelestarian tenaga yang bersih. Walau bagaimanapun, penggunaan SOFC dalam penjanaan tenaga elektrik adalah terhad kerana terdapat risiko dari segi suhu, pelepasan bahan kimia, serta kaedah penyimpanan tenaga penjanaan yang mampu memberi kesan kemusnahan serta kemalangan yang membawa kepada gangguan terhadap pengendalian operasi dan keadaan sekeliling. Oleh itu, penaksiran risiko memainkan peranan penting dalam memastikan pengoperasian keseluruhan sistem berada dalam keadaan selamat melalui pendekatan keselamatan berdasarkan kepada data yang didapati secara langsung atau data kemalangan terdahulu. Penyelidikan ini mengkaji senario yang membawa kepada kemusnahan melalui kaedah pemetaan Bayesan menggunakan program perisian sumber terbuka, GeNie dalam mengenal pasti risiko terhadap operasi. Keadaan operasi pada suhu tinggi dikenal pasti sebagai punca utama yang menyumbang kepada risiko. Kemerosotan sebanyak 76% sehingga 90% boleh berlaku sekiranya suhu operasi melebihi suhu optimum bersama kemerosotan parameter utama operasi.