Tahap penguasaan kemahiran mendengar Bahasa Arab mahasiswa tajaan Negeri Selangor di Markaz Bahasa Sheikh Zayed Kaherah Mesir

Kajian ini memfokuskan kepada tahap penguasaan kemahiran mendengar bahasa Arab mahasiswa tajaan Negeri Selangor yang belajar di Universiti al-Azhar Kaherah, Mesir dan melibatkan 76 orang responden. Pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif melalui ujian diagnostik kemahiran mendengar bahasa Arab...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Adibah Zulkiple,, Janudin Sardi,, Fauzi Azmi,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21524/1/Tahap%20penguasaan%20kemahiran%20mendengar%20bahasa%20Arab%20mahasiswa%20tajaan%20Negeri%20Selangor%20di%20Markaz%20Bahasa.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21524/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan kepada tahap penguasaan kemahiran mendengar bahasa Arab mahasiswa tajaan Negeri Selangor yang belajar di Universiti al-Azhar Kaherah, Mesir dan melibatkan 76 orang responden. Pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif melalui ujian diagnostik kemahiran mendengar bahasa Arab dan instrumen soal selidik. Bagi analisis data, pengkaji telah menggunakan SPSS Versi 26.0. Berdasarkan dapatan kajian, tahap penguasaan mahasiswa tajaan Negeri Selangor dalam ujian kemahiran mendengar bahasa Arab adalah pada tahap Jayyid Jiddan (sangat baik), dan pada skor min tahap tinggi. Pengkaji juga mendapati faktor pengetahuan asas bahasa mahasiswa merupakan bentuk kelemahan yang memberikan skor min pada tahap tinggi. Hasil kajian juga mendapati majoriti mahasiswa sangat bersetuju bahawa dengan menguasai kemahiran mendengar, mahasiswa akan dapat memperbaiki kemahirankemahiran yang lain. Kajian ini penting untuk kepada mahasiswa Malaysia khususnya mahasiswa tajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan mutu pencapaian bahasa Arab dan mendapat keputusan lebih baik bagi tahap penguasaan kemahiran mendengar. Selain itu, hasil kajian juga diharapkan dapat membantu pihak berkepentingan terutamanya jabatan pendidikan dan penaja seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Lembaga Zakat Selangor, dan pihak pentadbiran untuk membantu mengurangkan risiko mahasiswa gagaldalam ujian Imtihan Qabul di Markaz Bahasa Sheikh Zayed Kaherah, Mesir.