Hubungan sebagai asas coming out: kajian fenomenologi LGB dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia
Coming out individu lesbian, gay dan biseksual (LGB) sering digambarkan dalam naratif Barat sebagai pengalaman individu yang ingin kebebasan. Namun, naratif ini dilihat sebagai kurang praktikal atau relevan bagi sesetengah individu LGB dalam masyarakat kolektivistik. Kajian ini dijalankan untuk mene...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21499/1/Hubungan%20Sebagai%20Asas%20Coming%20Out%20Kajian%20Fenomenologi%20LGB%20dalam%20Kalangan%20Masyarakat%20Cina%20di%20Malaysia.pdf http://journalarticle.ukm.my/21499/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Coming out individu lesbian, gay dan biseksual (LGB) sering digambarkan dalam naratif Barat sebagai pengalaman individu yang ingin kebebasan. Namun, naratif ini dilihat sebagai kurang praktikal atau relevan bagi sesetengah individu LGB dalam masyarakat kolektivistik. Kajian ini dijalankan untuk meneroka pengalaman coming out individu LGB di Malaysia, dari segi motivasi, strategi komunikasi dan faktor perbezaan individu. Temu bual semi berstruktur dijalankan ke atas lima (5) orang peserta berbangsa Cina. Analisis tematik menunjukkan bahawa hubungan menjadi asas untuk coming out iaitu adanya perasaan selamat dan kerapatan, wujud kejujuran dan setia dalam hubungan, bagi mendapatkan sokongan dan bimbingan serta coming out keluarga dalam keadaan khusus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa coming out dalam masyarakat kolektivistik seringnya bukan mengenai ekspresi kendiri, tetapi sebagai proses yang berterusan untuk menguruskan kepelbagaian identiti dan persilangan budaya. Hasil kajian ini membantu bergerak daripada ton mono-budaya dalam kajian LGBT lepas yang dilakukan di negara Barat dan mencadangkan hala tuju baru untuk kajian masa depan tentang pengalaman LGB di Malaysia. |
---|