Pencirian Sifat mekanikal bahan dengan pendekatan analisis fraktal Integrasi sistem pemantauan kesihatan dengan aplikasi iot dalam teknologi sukan: satu kajian

Pemilihan bahan merupakan salah satu faktor utama dalam struktur binaan. Dalam kajian ini, satu kaedah alternatif telah dilaksanakan iaitu dengan menggunakan kaedah analisis fraktal. Penggunaan kaedah ini dapat menyumbang kepada penjimatan kos dan mengurangkan kadar kemalangan untuk mengenalpasti pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nuryazmin Ahmat Zainuri,, Noorhelyna Razali,, Haliza Othman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21442/1/JKSI_12.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21442/
https://www.ukm.my/jkukm/si-5-2-2022/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemilihan bahan merupakan salah satu faktor utama dalam struktur binaan. Dalam kajian ini, satu kaedah alternatif telah dilaksanakan iaitu dengan menggunakan kaedah analisis fraktal. Penggunaan kaedah ini dapat menyumbang kepada penjimatan kos dan mengurangkan kadar kemalangan untuk mengenalpasti pencirian sifat mekanikal setiap bahan. Tujuan penyelidikan ini adalah mengkaji siri masa yang terhasil dari ujikaji penggunaan sensor filem piezo menggunakan analisis fraktal dan menyiasat sifat bahan mekanikal (nisbah poisson) berlainan dengan daya hentaman berbeza menggunakan dimensi fraktal. Terdapat empat jenis bahan terpilih iaitu loyang, tembaga, keluli lembut dan keluli tahan karat yang berbentuk bulat. Daya hentaman berbeza dihasilkan dengan menggunakan tukul hentaman dan seterusnya isyarat getaran diperoleh daripada sensor filem piezo. Dengan menggunakan perisian Matlab, analisis menggunakan kaedah fraktal dijalankan. Dimensi fraktal diperoleh daripada nilai kecerunan graf log-log plot dan dimensi fraktal dihitung bagi setiap daya hentaman yang dikenakan pada setiap spesimen. Kemudian, nilai dimensi fraktal dibandingkan dengan menggunakan CES Edupack2012 bagi pencirian sifat setiap bahan. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai dimensi fraktal meningkat dengan peningkatan daya impak atau hentaman manakala penurunan dalam nilai nisbah poisson berlaku apabila dimensi fraktal setiap bahan meningkat.