Aliran lapisan sempadan magnetohidrodinamik dalam karbon nanotiub merentasi plat bergerak dengan kesan gelinciran dan radiasi terma

Lapisan sempadan momentum dan terma yang diransang oleh aliran magnetohidrodinamik (MHD) pada permukaan plat bergerak dalam karbon nanotiub dinding tunggal dan multidinding (SWCNT dan MWCNT) dengan kesan gelinciran dan radiasi terma dikaji. Model matematik nanobendalir yang melibatkan persamaan pemb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Izamarlina Asshaari,, Firdaus Mohd Hamzah,, Alias Jedi,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21439/1/JKSI_10.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21439/
https://www.ukm.my/jkukm/si-5-2-2022/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Lapisan sempadan momentum dan terma yang diransang oleh aliran magnetohidrodinamik (MHD) pada permukaan plat bergerak dalam karbon nanotiub dinding tunggal dan multidinding (SWCNT dan MWCNT) dengan kesan gelinciran dan radiasi terma dikaji. Model matematik nanobendalir yang melibatkan persamaan pembezaan separa menakluk diterbitkan. Kemudian, model matematik ini dijelmakan kepada persamaan pembezaan biasa peringkat tinggi melalui kaedah penjelmaan keserupaan yang yang kemudiannya diselesaikan secara berangka dengan menggunakan kaedah atur cara boundary value problem with fourth-order accuracy (bvp4c) dalam perisian MATLAB. Pengaruh parameter-parameter yang berkaitan seperti pecahan isipadu nanozarah, kesan medan meagnet, kesan gelinciran dan radiasi terma pada pemindahan haba dianalisis dan dibincangkan. Didapati penyelesaian dual wujud dalam aliran menentang. Kajian juga mendapati fluks haba pada permukaan plat meningkat dengan peningkatan kesan gelinciran. Kadar pemindahan haba pada permukaan plat dalam SWCNT-air lebih tinggi berbanding MWCNT-air.