Kepentingan peranan pasar tradisi dalam konteks bandar warisan

Pasar tradisional merupakan sebuah tempat yang menggambarkan potret kehidupan masyarakat berkumpul menjalani aktiviti komuniti dan perdagangan pada setiap hari. Ia merupakan sebuah ruang kebudayaan yang menyokong pertumbuhan aktiviti masyarakat setempat di bandar warisan. Namun begitu, kemunculan pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azimin Samsul Mohd Tazilan,, Mohamad Al-Hafiz M Saharuddin,, A Wafiy Haniff Kamal,, Zbie, Marcin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21309/1/JKsi_11.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21309/
https://www.ukm.my/jkukm/si-5-1-2022/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pasar tradisional merupakan sebuah tempat yang menggambarkan potret kehidupan masyarakat berkumpul menjalani aktiviti komuniti dan perdagangan pada setiap hari. Ia merupakan sebuah ruang kebudayaan yang menyokong pertumbuhan aktiviti masyarakat setempat di bandar warisan. Namun begitu, kemunculan pembangunan seni bina pasar moden menyebabkan keadaan seni bina pasar tradisional kian terancam akibat persaingan ekonomi serta kehadiran budaya yang global. Kajian penyelidikan ini adalah untuk menghuraikan elemen ketara (tangible) dan tidak ketara (intangible) terhadap pasar tradisional dari aspek budaya di sekitar bandar warisan. Metodologi yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah kualitatif, di mana data diperoleh daripada sumber primer dan sekunder sebelum melakukan analisa data dan seterusnya diikuti dengan perbincangan dan diakhiri dengan kesimpulan. Penemuan daripada kajian penyelidikan ini menunjukkan elemen keunikan pasar tradisional masih kekal dan wujud di sekitar bandar warisan sebagai ruang kebudayaan adalah melalui pengaruh nilai sejarah, kepelbagaian aktiviti, sosio-budaya, keunikan produk yang segar dan jimat, perniagaan secara tradisi, lokasi berpusat dan kemudahsampaian akses yang tinggi di sekitar bandar warisan. Kesimpulannya, seni bina pasar tradisional perlu dikekalkan peranannya serta fungsi sebagai ruang kebudayaan yang lestari supaya dapat mewarnai pertumbuhan ekonomi, sosial dan persekitaran kehidupan masyarakat setempat di bandar. Tambahan, kajian ini boleh dijadikan sebagai garis panduan kepada pembangunan pasar pada masa hadapan untuk mencapai kualiti kehidupan pertumbuhan pembangunan masyarakat setempat yang lestari dan unik.