Aktiviti yang menyumbang kepada persekitaran yang selamat di jalan warisan bandar lama Kajang

Di dalam reka bentuk bandar, jalan merupakan salah satu elemen penting yang berfungsi sebagai ruang awam terbuka terutamanya di Malaysia. Imej sesebuah jalan pada masa yang sama menggambarkan karakter sesebuah bandar. Jika sesebuah jalan itu mempunyai persekitaran yang selamat serta mesra pejalan ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Haslina Ja’afar,, Mohd Iskandar Abd Malek,, Nor Afifah Husen,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Kejuruteraan ,UKM,Bangi. 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21303/1/JKsi_6.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21303/
https://www.ukm.my/jkukm/si-5-1-2022/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Di dalam reka bentuk bandar, jalan merupakan salah satu elemen penting yang berfungsi sebagai ruang awam terbuka terutamanya di Malaysia. Imej sesebuah jalan pada masa yang sama menggambarkan karakter sesebuah bandar. Jika sesebuah jalan itu mempunyai persekitaran yang selamat serta mesra pejalan kaki, maka perkara yang sama juga menggambarkan bandar tersebut. Namun pembangunan pada hari ini, banyak jalan-jalan di bandar warisan memaparkan suasana kurang selamat terutamanya di waktu malam kerana tiadanya atau kekurangan aktiviti. Maka, objektif penulisan ini adalah membincangkan faktor aktiviti yang menyumbang kepada persekitaran yang selamat di Jalan Mendaling dan Jalan Tukang, Bandar Warisan Kajang Selangor. Jalan tradisional tersebut dipilih sebagai kajian kes kerana ia berfungsi sebagai ruang awam terbuka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi teknik temu bual dan pemerhatian tapak. Responden untuk temubual adalah pengguna jalan yang terdiri dari pengguna statik dan mobil di mana ia melibatkan 20 orang. Kesemua data akan dibincangkan menerusi analisis persilangan dan dikaitkan dengan kajian literatur sebelum penemuan diperoleh. Penemuan menunjukkan, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada persekitaran yang selamat di kawasan kajian. Ia adalah kegunaan bangunan bercampur dengan penginapan, Kepelbagaian perniagaan dan perkhidmatan serta masa operasi perniagaan. Penemuan ini dapat menyumbang kepada arkitek, pereka bentuk dan perancang bandar, bagaimana menghidupkan persekitaran yang selamat dan mesra pejalan kaki sekaligus.