Reka bentuk ‘sulam’ di UKM : perkongsian pengalaman dua projek rintis

Istilah ‘SULAM’ merujuk kepada ‘Service Learning Malaysia – University for Society’ dan merupakan inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). SULAM diterapkan di dalam kursus berkredit dan dilaksanakan melalui pembelajaran berasaskan pengalaman melibatkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rozita Ibrahim,, Norfazilah Ahmad,, Puteh Noraihan A Rahman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21258/1/60098-199142-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21258/
https://ejournal.ukm.my/malim/issue/view/1563
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Istilah ‘SULAM’ merujuk kepada ‘Service Learning Malaysia – University for Society’ dan merupakan inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). SULAM diterapkan di dalam kursus berkredit dan dilaksanakan melalui pembelajaran berasaskan pengalaman melibatkan pelajar, pensyarah dan komuniti yang dipilih dengan keperluan tertentu. Kertas ini membincangkan dua projek SULAM di UKM dari segi reka bentuk dan pelaksanaannya. Projek pertama dinamakan Penjagaan Kesihatan Komprehensif (CHC) dan melibatkan pensyarah dan pelajar Fakulti Perubatan dan Pusat Pengajian Citra Universiti. Projek ini dijalankan bersama komuniti di Bandar Tun Razak, Cheras. Projek kedua pula dinamakan Asli-Pimpin dan melibatkan pelajar serta pensyarah Pusat Pengajian Citra Universiti, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Undang-undang. Projek ini dijalankan bersama komuniti Orang Asli di Kampung Sungai Buah, Dengkil, Selangor. Pada akhir kertas turut dibincangkan cabaran yang dihadapi dan langkah yang diambil dalam menjalankan SULAM semasa waktu pandemik dan endemik Covid-19.