Kajian potensi kompleks kuprum(II)tetraaza sebagai ionofor pengesan ion iodida

Pengesanan anion toksik secara memilih adalah penting dalam pembangunan kimosensor kolorimetri. Kompleks kuprum(II)tetraaza (CuT) pertama kali dikaji sebagai ionofor dalam pengesanan anion iodida. Kajian pengesanan anion meliputi kajian kolorimetri, kajian pengikatan menggunakan Spektroskopi Utralem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Devika Nokarajoo,, Suhaila Sapari,, Noraisyah Abdul Kadir Jilani,, Fazira Ilyana Abdul Razak,, Bohari Yamin,, Siti Aishah Hasbullah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21218/1/SDB%2026.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21218/
http://www.ukm.my/jsm/index.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengesanan anion toksik secara memilih adalah penting dalam pembangunan kimosensor kolorimetri. Kompleks kuprum(II)tetraaza (CuT) pertama kali dikaji sebagai ionofor dalam pengesanan anion iodida. Kajian pengesanan anion meliputi kajian kolorimetri, kajian pengikatan menggunakan Spektroskopi Utralembayung Boleh Nampak (ULBN) dan kajian komputeran melalui pengiraan Teori Fungsi Ketumpatan (DFT). Perubahan warna berlaku apabila kompleks CuT ditambah dengan anion iodida (I-), tiosianat (SCN-) dan sianat (CN-) iaitu daripada ungu kepada kuning atau merah jambu. Nilai pemalar pengikatan, Kb untuk anion I-, SCN- dan CN- masing-masing adalah 160.7, 27.1 dan 21.6 M-1 membuktikan kompleks CuT mempunyai interaksi yang kuat terhadap anion I-. Nisbah mod pengikatan antara CuT dengan anion I-, SCN-, CN- adalah 1:2 berdasarkan graf keseimbangan. Kajian interferen menunjukkan CuT mempunyai keterpilihan yang lebih tinggi terhadap anion I-. Pengiraan DFT membuktikan poli(n-butil akrilat), [poli(nBA)] sesuai digunakan sebagai matriks pemegunan kompleks CuT. Nilai tenaga pengikatan (Epengikatan) antara kompleks CuT terpegun poli(nBA) dengan anion iodida yang lebih rendah iaitu -1613.424673 eV berbanding dengan kompleks CuT dengan anion I- sahaja iaitu -1567.056909 eV menunjukkan pembentukan ikatan yang lebih kuat antara kompleks CuT terpegun poli(nBA) dengan anion I-. Sensor optik ini dapat difabrikasikan berasaskan kompleks CuT sebagai ionofor dipegunkan menggunakan poli(nBA) bagi pembangunan sensor ion I-.