Morfologi hakisan dan sifat serakan lempung kaolinit dan montmorilonit di kawasan tropika

Tanah terserak merupakan tanah bermasalah lantaran sifat semula jadinya yang mudah bertindak balas apabila terdapat kehadiran air lalu meningkatkan potensi hakisan cerun. Kewujudan ion natrium pada mineral lempung tanah melemahkan ikatan elektrokimia tanah terserak menyebabkan zarah lempung menolak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azlan Shah Nerwan Shah,, Nor Shahidah Mohd Nazer,, Muhammad Isha Harris,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21189/1/SDB%202.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21189/
http://www.ukm.my/jsm/index.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tanah terserak merupakan tanah bermasalah lantaran sifat semula jadinya yang mudah bertindak balas apabila terdapat kehadiran air lalu meningkatkan potensi hakisan cerun. Kewujudan ion natrium pada mineral lempung tanah melemahkan ikatan elektrokimia tanah terserak menyebabkan zarah lempung menolak dan menjauhi satu sama lain. Faktor ini mendorong pengasingan zarah tanah lalu membentuk fitur hakisan seperti ril dan galur rencam di permukaan bercerun, hakisan paip di dalam sub-permukaan landai dan kewujudan keruping merekah yang menjadi permasalahan dalam pembinaan struktur bangunan serta kejadian bencana alam. Kewujudan mineral lempung berbeza kapasiti pengembangan-pengecutan di kawasan tanah terserak menghasilkan morfologi dan sifat serakan tanah yang berbeza. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mencirikan sifat fizikal tanah terserak tropika berdasarkan limpahan mineral lempung kaolinit dan montmorilonit serta hubungannya terhadap pembentukan morfologi hakisan cerun dan keruping tanah melalui pemerhatian lapangan dan analisis makmal. Hasil kajian mendapati kadar serakan dipengaruhi oleh sifat fizikal tanah seperti taburan saiz butiran, had cecair (LL), indeks keplastikan (PI), kandungan mineralogi lempung, nisbah % pasir/% zarah halus serta nisbah PI/LL. Analisis makmal menunjukkan tanah terserak dengan kehadiran mineral kaolinit dilihat kurang sensitif terhadap serakan berbanding mineral montmorilonit. Pemerhatian di lapangan mendapati tanah lempung kaolinit berasosiasi dengan pembentukan fitur hakisan ril dan galur rencam di sisi cerun secara lateral dan separa lateral, manakala tanah lempung montmorilonit tidak membentuk fitur hakisan yang nyata namun cenderung membentuk lapisan keruping dengan sistem jaringan rekahan heksagonal pada cerun bersudut hampir tegak (≈80°). Pencirian ini penting bagi meramal kewujudan dan taburan tanah terserak tropika berdasarkan limpahan mineral lempung yang berupaya menjadi pencetus kepada mekanisme geo-bencana yang sinonim berlaku di Malaysia.