Perspektif belia terhadap isu sosioekonomi dan politik di kawasan Dun Peramu Jaya, Pekan, Pahang

Hak mengundi kepada golongan belia membuka ruang bagi golongan ini untuk menilai, bersuara dan memilih bagi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Perkara ini turut mengukuhkan lagi peranan golongan belia dalam menentukan dan membentuk masa depan negara. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Junaidi Awang Besar,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21088/1/Perspektif%20Belia%20Terhadap%20Isu%20Sosioekonomi%20dan%20Politik%20di%20Kawasan%20DUN%20Peramu%20Jaya%2C%20Pekan%2C%20Pahang.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21088/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hak mengundi kepada golongan belia membuka ruang bagi golongan ini untuk menilai, bersuara dan memilih bagi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Perkara ini turut mengukuhkan lagi peranan golongan belia dalam menentukan dan membentuk masa depan negara. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis pandangan belia terhadap isu sosioekonomi dan politik di kawasan DUN Peramu Jaya, Pekan, Pahang. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data berdasarkan soal selidik, temu bual, pemerhatian lapangan, kajian perpustakaan dan kajian atas talian. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25. Hasil kajian mendapati 76 peratus responden bersetuju bahawa isu sosioekonomi dan politik di kawasan responden ‘penting’ untuk diambil tahu. Seterusnya, 86 peratus responden menyatakan keadaan sosioekonomi dan politik di kawasan DUN Peramu Jaya adalah stabil. Di samping itu, 72 peratus responden sering membincangkan isu seperti pemulihan ekonomi, harga barang, inflasi dan kos sara hidup. Seterusnya, isu politik yang selalu dibincangkan di kawasan kajian oleh golongan belia adalah isu rasuah iaitu sebanyak 66 peratus. Kesimpulannya, kajian ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, data tambahan dan sebagai rujukan kepada pihak berkaitan mengenai kelompok belia khususnya dalam bidang politik dan pilihan raya di Malaysia. Implikasi kajian ini adalah belia setempat dapat didedahkan dengan isu semasa iaitu isu sosioekonomi dan isu politik yang sebenarnya penting untuk mereka tahu dan fikir bagi menentukan masa depan dan pilihan politik pada pilihan raya akan datang.