Cabaran dan implikasi adaptasi silang budaya Pembantu Rumah Indonesia (PRI) di Malaysia

Pekerja asing yang bekerja di luar negara sering kali berhadapan dengan cabaran dan kesulitan kerana perbezaan dengan budaya asal mereka. Ini memberi kesan dan implikasi kepada mereka semasa bekerja terutama dalam aktiviti berinteraksi dengan silang budaya. Perbezaan budaya dalam aktiviti komunikasi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Faridah Saad,, Abdul Latiff Ahmad,, Sabariah Mohamed Salleh,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21060/1/Cabaran%20dan%20Implikasi%20Adaptasi%20Silang%20Budaya%20Pembantu%20Rumah%20Indonesia%20%28PRI%29%20di%20Malaysia.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21060/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pekerja asing yang bekerja di luar negara sering kali berhadapan dengan cabaran dan kesulitan kerana perbezaan dengan budaya asal mereka. Ini memberi kesan dan implikasi kepada mereka semasa bekerja terutama dalam aktiviti berinteraksi dengan silang budaya. Perbezaan budaya dalam aktiviti komunikasi adalah sukar dan boleh menghalang mesej serta pemahaman makna kepada dua budaya. Justeru makalah ini meneroka cabaran dan implikasi yang di hadapi oleh pembantu rumah Indonesia semasa bekerja di Malaysia. Kajian ini berpandukan pengalaman pekerja asing dalam bidang domestik berdasarkan dapatan kajian-kajian lepas yang menekankan proses penyesuaikan diri memerlukan jangka masa yang panjang terhadap sebuah budaya baharu. Mekanisme kajian melihat cabaran dan implikasi yang wujud semasa bekerja boleh mengganggu tahap prestasi kerja. Kaedah kualitatif menerusi temubual mendalam telah dilaksanakan ke atas tujuh informan terdiri daripada pembantu rumah Indonesia. Hasil kajian mendapati terdapat empat tema berkaitan cabaran dalam komunikasi silang budaya iaitu persepsi, stereotaip, ethnosentrisme dan diskriminasi. Kesemua cabaran ini dilihat menghalang kelancaran mengadaptasi budaya baharu sekaligus membentuk implikasi seperti keresahan, berprasangka dengan budaya baharu, menjadi rendah diri dan sekaligus sukar untuk menyesuaikan diri dengan budaya tersebut. Penulis berpendapat kaedah temubual mendalam ini sesuai untuk meneroka luas pengalaman pekerja asing yang berhadapan dengan cabaran dalam konteks silang budaya pada masa akan datang.