Pengaruh faktor masa dan abiotik terhadap kelakuan keluar masuk sarang lebah kelulut, Tetrigona apicalis (Smith, 1857) (Hymenoptera: Apidae)

Lebah kelulut merupakan spesies pendebunga yang penting di kawasan tropika dan subtropika. Dalam kajian ini, pengaruh faktor masa dan abiotik terhadap kelakuan keluar dan masuk sarang oleh lebah kelulut Tetrigona apicalis telah dikaji. Faktor masa dan abiotik yang dikaji termasuklah waktu per har...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Izfa Riza Hazmi,, Muhammmad Imran Mohd Kamal,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21056/1/Js_17.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21056/
https://ejournals.ukm.my/serangga/issue/view/1553
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Lebah kelulut merupakan spesies pendebunga yang penting di kawasan tropika dan subtropika. Dalam kajian ini, pengaruh faktor masa dan abiotik terhadap kelakuan keluar dan masuk sarang oleh lebah kelulut Tetrigona apicalis telah dikaji. Faktor masa dan abiotik yang dikaji termasuklah waktu per hari, suhu, kelembapan relatif, keamatan cahaya dan kelajuan angin. Kajian ini telah dijalankan di pusat koleksi Meliponini di Institut Genom Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia. Jumlah lebah kelulut T. apicalis yang masuk dan keluar dari sarang telah dikira melalui pemerhatian secara langsung selama 5 minit bagi setiap jam dari 09:00 hingga 17:00 dari bulan Mei hingga Oktober 2019. Hasil kajian menunjukkan bahawa masa (f=3.965, P=0.002, P<0.05) secara signifikannya mempengaruhi kekerapan masuk dan keluar lebah kelulut T. apicalis dari sarang. Bagi faktor abiotik, kelembapan relatif secara signifikannya mempengaruhi kelakuan masuk (f=16.664, P= 0.001, P<0.05) dan keluar (f=7.939, P=0.006, P<0.05) lebah kelulut T. apicalis dari sarang. Ujian regresi berganda menunjukkan terdapat interaksi yang rendah tetapi signifikan di antara kesemua faktor abiotik terhadap kelakuan keluar dan masuk sarang lebah kelulut T. apicalis (r2=0.13, f=3.10, P=0.02, P<0.05). Kajian ini boleh digunakan untuk mendidik penternak lebah kelulut untuk memastikan pengurusan yang lebih baik bagi mengekalkan perkhidmatan pendebungaan yang mampan sepanjang tahun.