Kepekatan kandungan enzim lusiferase dan morfometrik organ cahaya kelip-kelip, Pteroptyx tener (Coleptera: Lampyridae) spesies jantan dan betina

Kelip-kelip spesies Pteroptyx tener (Coleoptera: Lampyridae) menjadi daya tarikan utama dalam industri eko-pelancongan di Malaysia kerana hanya spesies kelip-kelip ini mampu menghasilkan kerlipan cahaya secara serentak dan berkumpulan. Kerlipan cahaya ini terhasil dari tindakan biokimia enzim lus...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Khairunnisa Salleh,, Nurul Wahida Othman,, Muhammad Afiq Senen,, Norela Sulaiman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21040/1/Js_2.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21040/
https://ejournals.ukm.my/serangga/issue/view/1553/showToc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kelip-kelip spesies Pteroptyx tener (Coleoptera: Lampyridae) menjadi daya tarikan utama dalam industri eko-pelancongan di Malaysia kerana hanya spesies kelip-kelip ini mampu menghasilkan kerlipan cahaya secara serentak dan berkumpulan. Kerlipan cahaya ini terhasil dari tindakan biokimia enzim lusiferase pada organ cahaya yang terletak di bahagian abdomen, di mana individu jantan menghasilkan cahaya lebih terang berbanding individu betina. Namun, kandungan enzim lusiferase yang terlibat dalam penghasilan cahaya ini tidak pernah dilaporkan ke atas spesies ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan kandungan enzim lusiferase pada organ cahaya kelip-kelip spesies jantan dan betina P. tener. Pengukuran morfometrik organ cahaya turut dilakukan untuk melihat perbezaan dan persamaan di antara morfologi organ cahaya jantan dan betina P. tener. Sebanyak 10 individu kelip-kelip P. tener jantan dan betina telah disampel dari Kampung Kuantan, Kuala Selangor, Malaysia. Hanya bahagian abdomen telah diambil bagi mengukur kuantiti enzim lusiferase yang ditentukan dengan melakukan ujian Asai Imunoerap Terangkai Enzim (ELISA). Kandungan kepekatan enzim lusiferase pada individu jantan didapati lebih tinggi dan menunjukkan perbezaan signifikan (P<0.05) iaitu 6.03±0.48 ng/mL (n=10) berbanding spesies betina iaitu sebanyak 2.94±0.27 ng/ml (n=10). Perbezaan perimeter organ cahaya spesies jantan lebih besar dan menunjukkan perbezaan signifikan (P<0.05) iaitu 5.85±0.44 mm (n=20) berbanding spesies betina iaitu 3.52±0.37 mm (n=20). Hasil kajian ini menunjukkan saiz organ yang lebih besar pada kelip-kelip jantan mengandungi kepekatan enzim lusiferase yang lebih tinggi berbanding kelip-kelip betina yang seterusnya menyumbang kepada perbezaan cahaya yang lebih terang pada individu jantan. Maklumat ini boleh digunakan bagi mempromosikan keunikan kumbang ini pada indusri ekopelancongan kelip-kelip.