Menjana keharmonian melalui jalinan kerjasama antara penganut beza agama di Sabah

Keharmonian sosial antara agama dan etnik merupakan indikator penting yang berperanan sebagai kayu ukur kepada kesejahteraan insan. Sungguhpun indikator ekonomi adalah prasyarat utama bagi menilai kesejahteraan insan, ia tidak bersifat holistik dalam membina pembangunan harmoni yang lestari. Kepinca...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suraya Sintang,, Mohd. Nazmi Mohd. Khalli,, Khadijah Mohd. Khambali@Hambali,, Rosazman Hussin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20984/1/Menjana%20Keharmonian%20Melalui%20Jalinan%20Kerjasama%20Antara%20Penganut%20Beza%20Agama%20di%20Sabah.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20984/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keharmonian sosial antara agama dan etnik merupakan indikator penting yang berperanan sebagai kayu ukur kepada kesejahteraan insan. Sungguhpun indikator ekonomi adalah prasyarat utama bagi menilai kesejahteraan insan, ia tidak bersifat holistik dalam membina pembangunan harmoni yang lestari. Kepincangan keharmonian yang tidak seimbang dan berat sebelah yang hanya menjurus kepada pencapaian ekonomi ataupun material semata-mata, perlu diimbangi dengan penerapan norma-norma sosial yang dipupuk daripada ikatan kasih sayang, keakraban dan jalinan mesra antara pihak berbeza agama dan etnik. Dalam konteks Malaysia, suasana harmoni begitu menyerlah kerana masyarakatnya berupaya mempamerkan gaya hidup bersama meski berdepan dengan isu perbezaan agama dan etnik. Makalah ini membincangkan amalan dan contoh teladan yang dipraktiskan oleh penganut beza agama di Sabah yang ditonjolkan melalui jalinan kerjasama, iaitu kerjasama untuk mengekalkan hubungan sedia kala dan kerjasama untuk memulihkan semula hubungan tegang kesan daripada konflik keluarga beza agama. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif bersandarkan reka bentuk analisis kandungan dan kaedah temu bual mendalam bersama informan utama daripada pihak autoriti agama dan individu terlibat dalam konflik keluarga beza agama. Hasil kajian memperlihatkan bahawa pengekalan keharmonian masyarakat Sabah diterjemah melalui kesediaan masyarakatnya hidup bersama yang menatijahkan gaya hidup yang cintakan perdamaian sehingga sebarang konflik yang berlaku ditangani melalui jalan tengah (middle path), bersetuju untuk tidak bersetuju (agree to disagree) dan situasi menang-menang (win-win situation). Kajian ini menyumbang dalam rangka mengetengahkan fungsi agama sebagai penjana keharmonian melalui penerapan nilai-nilai murni melalui amalan kerjasama antara pihak berbeza agama.