Kajian kebolehpasaran graduan Program Antropologi dan Sosiologi sebelum dan semasa pandemik Covid-19

Pada era modenisasi, graduan menghadapi halangan dan cabaran untuk keluar daripada status pengangguran. Persaingan graduan mendapatkan pekerjaan semakin meningkat berikutan penambahan jumlah graduan yang bergraduasi setiap tahun. Keadaan ekonomi yang merosot disebabkan oleh pandemik COVID-19 turut m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Dayang Fitri Izzati Abdul Aziz,, Azlina Abdullah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20982/1/Kajian%20Kebolehpasaran%20Graduan%20Program%20Antropologi%20dan%20Sosiologi%20Sebelum%20dan%20Semasa%20Pandemik%20Covid-19.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20982/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada era modenisasi, graduan menghadapi halangan dan cabaran untuk keluar daripada status pengangguran. Persaingan graduan mendapatkan pekerjaan semakin meningkat berikutan penambahan jumlah graduan yang bergraduasi setiap tahun. Keadaan ekonomi yang merosot disebabkan oleh pandemik COVID-19 turut meningkatkan lagi tahap kesukaran graduan untuk mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kelayakan yang dimiliki. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pola kebolehpasaran graduan sebelum dan semasa pandemik COVID-19, mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kebolehpasaran serta peranan modal sosial terhadap kebolehpasaran graduan. Kajian ini dijalankan ke atas 106 orang responden yang terdiri daripada graduan Program Antropologi & Sosiologi Universiti Kebangsaan Malaysia yang bergraduasi pada tahun 2018, 2019 dan 2020. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan responden dipilih melalui kaedah pensampelan rawak mudah berstrata. Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Packages for The Social Science (SPSS) versi 20. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kebolehpasaran graduan ANSOS UKM yang bergraduasi sebelum dan semasa pandemik berada pada tahap yang sangat baik dan stabil. Kemahiran teknologi digital merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan dan merupakan satu keperluan bagi kebanyakan majikan. Akhir sekali, dapatan kajian menunjukkan faktor modal sosial yang diperoleh mahasiswa sepanjang pengajian di universiti memberikan pengaruh dan impak positif terhadap tahap kebolehpasaran graduan. Kesimpulannya, graduan haruslah mempersiapkan diri dengan mengasah kemahiran dan membina modal sosial semasa masih bergelar mahasiswa bagi meningkatkan kebolehpasaran diri untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan. Implikasi kajian ini terhadap usaha berterusan dalam memastikan kelestarian kebolehpasaran graduan khususnya dalam bidang, di samping memperkasa graduan secara menyeluruh.