Faktor-faktor penyumbang ‘Fear of Crime’ dalam kalangan warga emas di daerah Yan, Kedah

Artikel ini memfokuskan kepada ketakutan terhadap jenayah dalam kalangan warga emas di Daerah Yan, Kedah. Pendekatan kualitatif digunakan untuk memperoleh data dan maklumat kajian. Kaedah temu bual semi struktur merupakan kaedah pengumpulan data utama kajian dan sejumlah 13 orang informan telah dite...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Umairah Abu,, Nur Hafizah Yusoff,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20979/1/Faktor-faktor%20Penyumbang%20%E2%80%98Fear%20of%20Crime%E2%80%99%20Dalam%20kalangan%20Warga%20Emas%20di%20Daerah%20Yan%2C%20Kedah.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20979/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini memfokuskan kepada ketakutan terhadap jenayah dalam kalangan warga emas di Daerah Yan, Kedah. Pendekatan kualitatif digunakan untuk memperoleh data dan maklumat kajian. Kaedah temu bual semi struktur merupakan kaedah pengumpulan data utama kajian dan sejumlah 13 orang informan telah ditemubual bagi mendapatkan variasi jawapan mengenai ketakutan terhadap jenayah. Dapatan utama menunjukkan faktor usia merupakan faktor yang mewujudkan ketakutan terhadap jenayah dalam kalangan warga emas. Terdapat juga faktor yang disebabkan oleh jantina membuatkan wanita berasa dirinya kurang selamat berbanding lelaki. Kelemahan fizikal menambahkan risiko ketakutan terhadap jenayah dalam diri mangsa. Antara jenayah yang ditakuti oleh warga emas ini ialah penipuan melibatkan wang ringgit, rompakan dan berasa diri tidak selamat apabila keluar berseorangan. Kesimpulannya, ketakutan terhadap jenayah boleh melibatkan kebanyakan orang terutamanya golongan mereka yang lebih tua dan lemah dari segi fizikal. Peranan pihak bertanggungjawab penting bagi memastikan kesejahteraan hidup dalam kalangan warga emas di negara ini.