Strategi pengajaran Tafsir al-Quran dalam kalangan guru Pendidikan Islam

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi pengajaran Tafsir al-Quran dalam kalangan guru pendidikan Islam. Rekabentuk kajian adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan dalam mengumpul data yang melibatkan 254 orang pelajar tingkatan empat dan 34 orang guru Pendidikan I...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azmil Hashim,, Nazirul Izzati Ani,, Mohd Marzuqi Abdul Rahim,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20904/1/102-2018-1-9.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20904/
http://jiae.pimm.my/2018/12/13/volume-10-issue-2-2018/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi pengajaran Tafsir al-Quran dalam kalangan guru pendidikan Islam. Rekabentuk kajian adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan dalam mengumpul data yang melibatkan 254 orang pelajar tingkatan empat dan 34 orang guru Pendidikan Islam. Kajian ini melibatkan 5 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Negeri Sabah. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan piawai dan peratus. Dapatan kajian mencatatkan tahap interpretasi amalan pengajaran tafsir dari aspek persediaan pengajaran, perkembangan pengajaran dan penutup pengajaran berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah, institusi-institusi pendidikan yang lain dalam menyusun dan merangka program yang bersesuaian dengan keperluan guru al-Quran serta dapat membantu guru dalam merancang pengajaran tafsir al-Quran yang lebih berkesan bagi meningkatkan penghayatan al-Quran dalam kalangan pelajar.