Hubungan kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sabah semasa era pentadbiran Musa Aman dan kesannya terhadap hasil royalti

Isu hasil royalti minyak bagi negeri Sabah merupakan isu yang sering dibangkitkan oleh parti pembangkang semasa pemerintahan Musa Aman yang memperjuangkan 20 peratus pemulangan hasil royalti minyak terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU). Isu ini juga dilihat sebagai satu mekanisme untuk me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Fahlizah Padlee,, Mohd Rizal Mohd Yaakop,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20892/1/504-Article%20Text-744-1-10-20221125.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20892/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/28
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu hasil royalti minyak bagi negeri Sabah merupakan isu yang sering dibangkitkan oleh parti pembangkang semasa pemerintahan Musa Aman yang memperjuangkan 20 peratus pemulangan hasil royalti minyak terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU). Isu ini juga dilihat sebagai satu mekanisme untuk mengukurperkembangan pembangunan negeri Sabah yang turut dikaitkan dengan kadar kemiskinan yang tinggi bagi negeri tersebut. Sedangkan sektor perlombongan iaitu industri petroleum merupakan penyumbang kedua kepada ekonomi di negeri berkenaan. Perjanjian yang termeterai di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 pada 14 Jun 1976 menyaksikan penetapan lima peratus hasil keuntungan minyak oleh syarikat PETRONAS melalui Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) bagi aktiviti pengeksplorasian dan pengeksploitasian petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai Sabah. Begitupun, pembahagian kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri terhadap hasil royalti minyak tidak terdapat dalam Perlembagaan. Hanya dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 menjelaskan pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan mana-mana negeri yang berkenaan. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah hubungan kerajaan pusat dengan kerajaan negeri Sabah semasa era pentadbiran Musa Aman dalam menyelesaikan isu royalti minyak. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang merangkumi data primer iaitu pengumpulan dokumen-dokumen rasmi kerajaan iaitu dari penyata rasmi Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri Sabah dan Dewan Undangan Negeri Sabah (2003-2018). Dapatan kajian menunjukkan hubungan baik di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri tidak mempengaruhi pembayaran hasil royalti minyak di negeri Sabah.