Hubungan stres pekerjaan dan produktiviti : tinjauan terhadap pentadbir fakulti universiti penyelidikan

Stres di tempat kerja merupakan isu kesihatan yang semakin relevan dalam konteks pentadbiran di universiti penyelidikan (RU). Kecenderungan dan persaingan dalam kalangan warga RU dalam memenuhi kriteria penarafan universiti, termasuklah dalam melipatgandakan penerbitan dan penyelidikan, menjad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zafir Mohd Makhbul,, Sheikh Muhamad Hizam Hj. Sheikh Khairuddin,, Nur Sa’adah Muhamad,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20839/1/29290-89868-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20839/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1142
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Stres di tempat kerja merupakan isu kesihatan yang semakin relevan dalam konteks pentadbiran di universiti penyelidikan (RU). Kecenderungan dan persaingan dalam kalangan warga RU dalam memenuhi kriteria penarafan universiti, termasuklah dalam melipatgandakan penerbitan dan penyelidikan, menjadikan isu stres perlu diberi perhatian serius. Apatah lagi, dalam kalangan kakitangan akademik yang pada masa sama memegang jawatan pentadbiran di universiti, beban kerja tambahan boleh membawa kepada stres yang berlebihan, justeru memberi kesan negatif terhadap kesihatan pekerjaan dan akhirnya menjejaskan produktiviti individu dan organisasi. Atas dasar inilah, kajian ini dijalankan bagi mendapatkan bukti empirikal terhadap hubungan stres dan produktiviti dalam kalangan pentadbir di universiti penyelidikan. Daripada 218 soal selidik yang diedarkan, seramai 72 responden telah memberikan maklumbalas. Responden terdiri daripada para pentadbir akademik dari beberapa RU di Malaysia, termasuklah mereka yang memegang jawatan Dekan, Timbalan Dekan, Pengerusi, Ketua Jabatan, Ketua Program, Ketua Jaminan Kualiti serta Penyelaras Program. Soal selidik kajian ini dibangunkan berdasarkan soal-selidik ASSET, manakala ukuran produktiviti pula menggunakan kriteria penilaian prestasi tahunan RU. Penemuan kajian menunjukkan stres di tempat kerja sememangnya memberi kesan terhadap para pentadbir fakulti. Isu kesihatan pekerjaan merupakan impak tersembunyi yang dibimbangi akan membawa kesan yang buruk sekiranya tidak ditangani dengan baik.