Institusi pengajian tinggi dalam pembangunan ekonomi pengalaman di Semenanjung Malaysia

Pembangunan institusi pengajian tinggi merupakan salah satu strategi untuk mencetuskan pembangunan sesebuah bandar di kebanyakan negara sedang membangun. Dalam konteks pembangunan bandar masa kini, institusi pengajian tinggi juga mampu memperkembang dan mengikut rentak tuntutan ekonomi pengala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noor Alyani Nor Azazi,, Habibah Ahmad,, Hamzah Jusoh,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20833/1/29283-89854-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20833/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1142
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan institusi pengajian tinggi merupakan salah satu strategi untuk mencetuskan pembangunan sesebuah bandar di kebanyakan negara sedang membangun. Dalam konteks pembangunan bandar masa kini, institusi pengajian tinggi juga mampu memperkembang dan mengikut rentak tuntutan ekonomi pengalaman. Melalui kerangka ekonomi pengalaman, penubuhan institusi pengajian tinggi ini dapat merangsang dan menggalak pembangunan bandar berteraskan 4E ekonomi pengalaman. Makalah ini bertujuan menilai impak pembangunan institusi pengajian tinggi terhadap elemen-elemen ekonomi pengalaman dalam pembangunan bandar pusat pengajian tinggi di sekitar semenanjung Malaysia. Empat elemen ekonomi pengalaman digunakan sebagai kerangka dalam menilai pencapaian ekonomi pengalaman bandar-bandar tersebut. Pembangunan yang berlaku kesan dari penubuhan institusi pengajian tinggi dinilai dengan melihat status bandar yang dicapai serta fasiliti-fasiliti yang terbina selepas penubuhan institusi-institusi ini. Fasiliti yang mencermin setiap pengalaman iaitu pendidikan, hiburan, estetika dan escapist dilihat untuk menilai pencapaian ekonomi pengalaman di setiap bandar pusat pengajian tinggi yang diteliti. Hasil kajian mendapati hampir kesemua institusi pengajian tinggi yang dinilai berjaya mempengaruhi elemen pengalaman pendidikan di bandar masing-masing. Selain itu, institusi pengajian tinggi jenis penyelidikan berjaya membangunkan ekonomi pengalaman di bandar pusat pengajian tinggi sama ada institusi tersebut ditubuhkan di kawasan bandar mahupun luar bandar. Kesimpulannya, kajian ini menyumbang kepada peri pentingnya penubuhan institusi pengajian tinggi dalam merangsang pembangunan ekonomi pengalaman dalam pembangunan bandar dan menyumbang kepada korpus ilmu berhubung dengan keupayaan kerangka ekonomi pengalaman membangunkan sesebuah bandar.