Kedah Tua : satu cerakinan sumber India

Kedah Tua merupakan sebuah kerajaan awal dan kota pelabuhan yang wujud di Lembah Bujang antara kurun ke-2 hingga kurun ke-14 Masihi. Lembah Bujang merupakan sebuah terminologi moden yang diperkenalkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti pada tahun 1970-an untuk merujuk kepada kawasan tempat be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nasha Rodziadi Khaw,, Nazarudin Zainun,, Mokhtar Saidin,
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20771/1/172-278-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20771/
http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/index.php/jurnalarkeologi/issue/view/26
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kedah Tua merupakan sebuah kerajaan awal dan kota pelabuhan yang wujud di Lembah Bujang antara kurun ke-2 hingga kurun ke-14 Masihi. Lembah Bujang merupakan sebuah terminologi moden yang diperkenalkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti pada tahun 1970-an untuk merujuk kepada kawasan tempat berkembangnya pelabuhan Kedah Tua. Ia merangkumi kawasan dari Sungai Sala di Utara, Gunung Jerai, Lembah Sungai Merbok dan Sungai Muda hingga ke Cherok Tokkun. Penemuan-penemuan arkeologi di Lembah Bujang termasuklah tinggalan candi, seramik, arca dan prasasti. Di samping data arkeologi, gambaran tentang Kedah Tua turut didapati dari sumber-sumber bertulis asing, terutamanya catatan China, India dan Arab. Antara sumber bertulis yang memberi gambaran terpenting tentang Kedah Tua merupakan sumber India. Hal ini kerana lokasi Kedah Tua yang terletak di pintu masuk Selat Melaka dan berdekatan dengan Teluk Bengal menjadikannya sebagai pusat persinggahan utama para pedagang dari India. Oleh yang demikian, wujud banyak rekod-rekod dari India yang menerangkan tentang aspek politik, ekonomi dan sosial Kedah Tua. Makalah ini akan cuba untuk membincangkan sumber-sumber India dan sumbangannya kepada sejarah Kedah Tua.