Istana Kenangan : meneroka integrasi warisan budaya Melayu dan konservasi menerusi pendekatan suaiguna semula

Kertas kerja ini bertujuan membincangkan hasil tinjauan integrasi antara warisan budaya Melayu dengan konservasi pada Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak. Kaedah yang digunakan dalam memastikan bangunan bersejarah terus terpelihara ialah pendekatan penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Daeng Haliza Daeng Jamal,, Zuliskandar Ramli,, Mastor Surat,
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20770/1/171-277-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20770/
http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/index.php/jurnalarkeologi/issue/view/26
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini bertujuan membincangkan hasil tinjauan integrasi antara warisan budaya Melayu dengan konservasi pada Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak. Kaedah yang digunakan dalam memastikan bangunan bersejarah terus terpelihara ialah pendekatan penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah. Penyesuaigunaan semula bangunan bersejarah bukan sahaja berpotensi dalam memanjangkan jangka hayat sesebuah bangunan bersejarah malah berpotensi menonjolkan integrasi antara usaha konservasi dengan warisan budaya masyarakat. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian perpustakaan dan soal selidik yang diedarkan kepada responden terdiri daripada komuniti setempat. Soal selidik ini dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for Social Sciences (SPSS) 16.0. Statistik deskriptif yang digunakan pula ialah kekerapan dan peratusan. Bangunan bersejarah yang diteliti pula adalah bangunan bersejarah daripada senarai Daftar Warisan Kebangsaan yang terdiri daripada pelbagai kategori kecuali tugu, rumah ibadat dan rumah kedai. Bangunan bersejarah yang diteliti dalam kajian ini ialah Istana Kenangan di Kuala Kangsar, Perak. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat integrasi antara konservasi dan warisan budaya Melayu dalam Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak menerusi pendekatan suaiguna semula. Didapati juga, melalui pendekatan suaiguna semula ini Istana Kenangan berjaya menonjolkan estetika warisan senibina, ketinggian teknologi pertukangan Melayu berserta falsafahnya. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh responden yang terlibat dalam kajian ini menerusi soal selidik yang diedarkan.