Aspek kesedaran kendiri dalam kalangan pesakit di klinik terapi rawatan dadah gantian : satu kajian rintis di Kajang

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek kesedaran kendiri pesakit yang mendapatkan rawatan penagihan dadah dengan menggunakan dadah gantian Methadone. Kajian ini dijalankan terhadap 50 orang pesakit di sebuah Klinik Rawatan Penagihan Swasta di Kajang Selangor, dan ianya dikawa...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
主要な著者: Engku Mardiah Engku Kamarudin,, Wan Shahrazad Wan Sulaiman,, Norulhuda Sarnon,, Aizan Sofia Amin,
フォーマット: 論文
言語:English
出版事項: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
オンライン・アクセス:http://journalarticle.ukm.my/20729/1/26963-81503-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20729/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek kesedaran kendiri pesakit yang mendapatkan rawatan penagihan dadah dengan menggunakan dadah gantian Methadone. Kajian ini dijalankan terhadap 50 orang pesakit di sebuah Klinik Rawatan Penagihan Swasta di Kajang Selangor, dan ianya dikawal selia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang merangkumi taburan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Bagi mengukur aspek Kesedaran Kendiri ini, soal selidik Scale for Self-Consciousness Assessment (SSCA) telah digunakan. Soal selidik ini mempunyai 24 item dan menggunakan skala Likert 5 mata dan mengukur dua sub konstruk, iaitu Kesedaran Kendiri Peribadi (KKP) dan Kesedaran Kendiri Umum (KKU). Dapatan kajian menunjukkan, secara keseluruhannya aspek kesedaran kendiri responden mempunyai skor min yang hampir sama bagi setiap konstruk KKP dan KKU melebihi 3.00. Selain itu, dapatan juga menunjukkan faktor-faktor yang berada dalam KKP iaitu Reflektif Kendiri dan Pengetahuan Diri, serta faktor dalam KKU iaitu Penampilan dan Padanan Sosial mempunyai min yang hampir sama dan tiada faktor yang dikatakan lebih dominan. Kesimpulannya, aspek kesedaran kendiri responden adalah baik dan Instrumen SSCA mempunyai potensi besar untuk diketengahkan sebagai alat ukur psikometrik kepada sampel yang lain. Dicadangkan kajian masa hadapan meneroka lebih lanjut lagi perkaitan aspek kesedaran kendiri dengan pembolehubah yang lain seperti Keazaman atau Efikasi Kendiri bagi mengenal pasti konsep kendiri sebenar penagih-penagih dadah di Malaysia.