Konsensus melalui peranan ketua kaum dalam jawatankuasa perhubungan kaum (JPK) 1948

Konsensus antara kaum atau komuniti merupakan satu cabaran yang besar terhadap pihak British dalam membentuk sesebuah perpaduan. Ini kerana setiap kaum mengimpikan negara idaman masing-masing dan sifat prasangka yang semakin menebal melalui pengalaman hidup bersama namun berlainan budaya dan f...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurshuhada Mohamed,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20727/1/26961-81499-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20727/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Konsensus antara kaum atau komuniti merupakan satu cabaran yang besar terhadap pihak British dalam membentuk sesebuah perpaduan. Ini kerana setiap kaum mengimpikan negara idaman masing-masing dan sifat prasangka yang semakin menebal melalui pengalaman hidup bersama namun berlainan budaya dan fahaman. Usaha konsensus ini dilihat semakin sukar apabila melalui tempoh darurat yang berpanjangan akibat ancaman komunis. Oleh itu, objektif kajian adalah menganalisis peranan ketua kaum antara komuniti dan pihak British bagi memahami konsensus yang dibina melalui elemen-elemen rundingan (negotiation), tawar-menawar (bargaining) dan perantara (mediation). Jawatankuasa Perhubungan Kaum atau lebih dikenali sebagai Communities Liaison Committees (CLC) dijadikan fokus kajian ini, kerana penubuhan awalnya pada tahun 1948 untuk membentuk kerjasama kaum sebelum kemerdekaan Malaya pada tahun 1957. Kajian arkib dijalankan untuk analisis minit mesyuarat CLC, surat rasmi dan laporan dari tahun 1948 hingga 1952 dengan kaedah analisis makna. Dapatan kajian mendapati wujud tolak-ansur atau konsensus antara ketua kaum dan pihak British bagi mempersiapkan negara ke arah kemerdekaan. Sekali gus membuktikan bahawa CLC merupakan instrumen Consociationalism yang membentuk perkongsian kuasa melalui tolak-ansur dan mengaplikasikan proses rundingan dan tawar-menawar bagi isu-isu ekonomi, politik, kewarganegaraan dan pendidikan.