Kaedah perang saraf dalam membanteras gerakan Komunis di Bahagian Pertama, Sarawak 1963 – 1974

Kemunculan beberapa pertubuhan komunis yang berlaku sekitar tahun 1941-an merupakan permulaan penularan propaganda komunis terhadap penduduk di Sarawak. Pengaruh komunis menular masuk melalui sempadan Malaysia dan Indonesia apabila penyusupan masuk seramai 1000 ahli-ahli komunis yang baru untu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nararossa Peter Ballak,, Mohd. Samsudin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20723/1/26957-81488-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20723/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemunculan beberapa pertubuhan komunis yang berlaku sekitar tahun 1941-an merupakan permulaan penularan propaganda komunis terhadap penduduk di Sarawak. Pengaruh komunis menular masuk melalui sempadan Malaysia dan Indonesia apabila penyusupan masuk seramai 1000 ahli-ahli komunis yang baru untuk dilatih menjadi sebahagian daripada pasukan komunis. Ekoran daripada kejadian tersebut, Bahagian Pertama telah menghadapi pemberontakan bersenjata yang pertama daripada pihak komunis pada Ogos 1952. Lantas menyebabkan pihak kerajaan menggunakan kaedah perang saraf untuk membanteras kegiatan komunis. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk membincangkan kaedah perang saraf yang digunakan oleh pihak kerajaan dalam membanteras kegiatan komunis di Bahagian Pertama, Sarawak. Dapatan kajian turut mendapati bahawa pelaksanaan kaedah perang saraf telah berjaya membanteras kegiatan komunis di Bahagian Pertama. Bagi melakukan kajian ini, pengkaji menggunakan sumber primer yang terdiri daripada fail-fail daripada District Office dan Resident Office di Sarawak dan beberapa sumber sekunder untuk melengkapkan kajian ini.