Integrasi orang Bawean dalam penggunaan bahasa ke arah membina bangsa Malaysia

Setiap masyarakat memerlukan bahasa untuk berkomunikasi. Bahasa juga menjadi identiti sesebuah bangsa sebagai ciri utama pembinaan negara-bangsa. Dengan bahasa, masyarakat boleh menjalankan aktiviti seharian. Kertas kerja ini pertamanya bertujuan untuk membincangkan sejauh mana bahasa Bawean d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Ridhwan Sarifin,, Mohamad Fauzi Sukimi,, Azlina Abdullah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20721/1/26955-81479-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20721/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Setiap masyarakat memerlukan bahasa untuk berkomunikasi. Bahasa juga menjadi identiti sesebuah bangsa sebagai ciri utama pembinaan negara-bangsa. Dengan bahasa, masyarakat boleh menjalankan aktiviti seharian. Kertas kerja ini pertamanya bertujuan untuk membincangkan sejauh mana bahasa Bawean digunakan oleh orang Bawean dalam kehidupan seharian. Kedua, untuk membincangkan penggunaan bahasa Bawean dalam kalangan orang Bawean antara generasi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Seramai tujuh orang dari 11 orang informan dipilih. Kajian dijalankan di penempatan orang Bawean di Kampung Sungai Tiram dalam daerah Johor Bahru. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan Bahasa Bawean digunakan untuk urusan seharian sesama orang Bawean sewaktu berkomunikasi. Jika berbeza sub etnik. Bahasa Melayu menjadi bahasa dominan untuk berkomunikasi dengan etnik yang berbeza. Dari segi antara generasi pula, tiada perbezaan ketara penggunaan Bahasa Bawean. Secara kesimpulannya, dari segi penghayatan nasional, etnik Bawean juga cenderung ke arah positif dalam pembinaan bangsa Malaysia dari segi bahasa.