Keupayaan koperasi membangunkan modal sosial bonding ahli dalam Koperasi Peladang Bukit Awang, Kelantan

Pembangunan koperasi merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan pembangunan ekonomi dan sosial komuniti. Koperasi dirujuk sebagai sebuah persatuan autonomi yang dibentuk secara sukarela untuk menguruskan keperluan ekonomi, sosial dan budaya melalui kawalan demokratik secara bersama. Dalam e...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Maisarah Che Ahmed,, Sarmila M.S.,, Sivapalan Selvadurai,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20720/1/26954-81477-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20720/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan koperasi merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan pembangunan ekonomi dan sosial komuniti. Koperasi dirujuk sebagai sebuah persatuan autonomi yang dibentuk secara sukarela untuk menguruskan keperluan ekonomi, sosial dan budaya melalui kawalan demokratik secara bersama. Dalam erti kata lain, koperasi ialah satu bentuk perniagaan yang melibatkan ahli bekerja secara bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama. Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa elemen modal sosial telah tersirat dalam penubuhan koperasi menerusi hubungan antara koperasi dan ahli-ahlinya. Justeru, modal sosial menjadi elemen yang perlu diberikan perhatian dalam pembangunan komuniti. Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti proses pembentukan modal sosial bonding melalui penubuhan koperasi. Sejumlah 30 ahli koperasi telah ditemu bual dengan melibatkan koperasi peladang kawasan Bukit Awang, Kelantan. Data temu bual dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian mendapati melalui aktiviti koperasi dapat membentuk hubungan yang baik sesama ahli. Kesimpulannya, penubuhan koperasi berupaya membangunkan modal sosial bonding melalui aktiviti yang dianjurkan kepada ahli dan memberi kesan positif kepada pembangunan komuniti.