Seni berteraskan komuniti : pemberdayaan modal sosial melalui nilai-nilai perpaduan sosial dalam program Lendu International Art Camp

Seni berteraskan komuniti diasosiasikan sebagai amalan seni berlandaskan gagasan “seni untuk masyarakat”. Bentuk praktis seni rupa ini di upayakan sebagai peranti dalam pengembangan modal sosial masyarakat melalui proses kesenian yang mengarah kepada proses memperdalam perhubungan serta jaring...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Diana Ibrahim,, Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff,, Yusmilayati Yunos,, Rosli Zakaria,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20714/1/26948-81463-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20714/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Seni berteraskan komuniti diasosiasikan sebagai amalan seni berlandaskan gagasan “seni untuk masyarakat”. Bentuk praktis seni rupa ini di upayakan sebagai peranti dalam pengembangan modal sosial masyarakat melalui proses kesenian yang mengarah kepada proses memperdalam perhubungan serta jaringan keterikatan sosial warga terlibat. Kajian ini berfokus kepada menggali potensi yang dimiliki projek seni Lendu International Art Camp(LIAC)#3 dalam membangunkan serta membina perhubungan dan nilai perpaduan sosial masyarakat dalam kalangan peserta terlibat melalui kegiatan kesenian yang dijalankan. Kajian melibatkan sampel purposive dan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan skor min tertinggi adalah “Menjalin Ukhuwah Baharu” dicapai bagi tiga kategori peserta yang terlibat; pelajar (4.56), agensi luar (4.54) dan pengunjung luar (4.45). Manakala dalam kalangan orang kampung, skor min tertinggi adalah “Merapatkan Ukhuwah Antara Warga” iaitu (4.46). Implikasi kajian ini mengemukakan bahawa, kegiatan berorientasi kepada elemen kerjasama, toleransi, kemuafakatan serta kebertanggungjawaban dalam kegiatan yang berteraskan nilai budaya setempat berupaya menarik proses partisipasi khalayak seterusnya membina kepada pertumbuhan nilai perpaduan sosial. Kehilangan nilai estetik-artistik sebagai proses pendekatan dalam membangunkan kegiatan bagi menarik penglibatan peserta turut menjejaskan impak bagi membangunkan jaringan perhubungan serta keterikatan sosial dalam kalangan masyarakat terlibat.