Persepsi pelajar pra-siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap golongan pekak dewasa

Anggapan dan stigma masyarakat dimana individu pekak mempunyai banyak kelemahan berbanding individu yang mempunyai pendengaran normal telah mewujudkan sikap negatif seperti diskriminasi dan penganiayaan terhadap golongan pekak ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi mahasiswa pra...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Amirah Haron,, Quar, Tian Kar, Akmaliza Ali,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pengurusan & Pembangunan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20703/1/Artikel-5_Quar-Tian-Kar_FSK.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20703/
https://www.ukm.my/personalia/publication-category/volume-25-number-1-june-2022/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Anggapan dan stigma masyarakat dimana individu pekak mempunyai banyak kelemahan berbanding individu yang mempunyai pendengaran normal telah mewujudkan sikap negatif seperti diskriminasi dan penganiayaan terhadap golongan pekak ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi mahasiswa prasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap golongan pekak dewasa serta mengenalpasti faktor yang mempengaruhi persepsi mereka. Persepsi antara pelajar berbeza jurusan dan kaum telah dibandingan, dan kesan pengetahuan dan pengalaman dengan golongan pekak ke atas persepsi telah diukur. Kajian rentas ini menggunakan soal selidik yang melibatkan seramai 126 pelajar pra-siswazah UKM Kampus Bangi dan Kuala Lumpur yang direkrut melalui kaedah persampelan mudah. Dapatan kajian menunjukkan persepsi mahasiswa UKM secara keseluruhannya adalah positif. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan persepsi yang signifikan antara pelajar yang berbeza kaum, berbeza jurusan dan yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman terhadap golongan pekak dewasa dengan yang tiada (z = 4.513, p < 0.05). Implikasi kajian dan cadangan untuk kajian lanjutan dibincangkan dengan harapan kajian seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap golongan pekak supaya budaya ketidaksamarataan ke atas golongan ini dapat ditangani.