Keterlibatan belia dalam “meremajakan” sektor pertanian di Malaysia

Sektor pertanian merupakan salah satu sektor di Malaysia yang memberi sumbangan yang besar terhadap perdapatan dan pertumbuhan ekonomi negara. Namun, seiring dengan Malaysia yang semakin menuju ke arah negara berstatus maju, minat golongan belia terhadap sektor pertanian semakin pudar dan seteru...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norshamliza Chamhuri,, Muhammad Shahidan Wahab,, Nuriffah Aqilah Mohd Sofi,, HalimaTus Sakdiya Mahrus,, Siti Nurazira Junaidi,, Nur Nashuha Irdina Salim,, Syikin Syafri,, Nur Izzah Mohd,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pengurusan & Pembangunan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20702/1/Artikel-4_Norshamliza_FEP.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20702/
https://www.ukm.my/personalia/publication-category/volume-25-number-1-june-2022/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sektor pertanian merupakan salah satu sektor di Malaysia yang memberi sumbangan yang besar terhadap perdapatan dan pertumbuhan ekonomi negara. Namun, seiring dengan Malaysia yang semakin menuju ke arah negara berstatus maju, minat golongan belia terhadap sektor pertanian semakin pudar dan seterusnya menyebabkan penglibatan belia dalam sektor pertanian semakin berkurangan. Maka dengan ini, satu kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan belia terhadap sektor pertanian di Malaysia. Kajian juga akan mencadangkan beberapa strategi bagi memupuk minat belia terhadap sektor pertanian. Seramai 150 orang belia telah menjawab soal selidik yang telah dibangunkan. Hasil kajian mendapati faktor utama yang mempengaruhi belia bagi melibatkan diri dalam sektor pertanian adalah monetari insentif. Dari segi strategi, belia memilih kempen melalui media sosial sebagai langkah yang paling efektif bagi memupuk minat belia dalam sektor pertanian. Implikasi kajian mencadangkan pihak berkepentingan perlu memberi pendedahan awal dan pengetahuan tentang kelebihan bekerja dalam sektor ini kepada belia. Hal ini agar belia lebih cakna dan dapat menanam minat untuk turut serta dalam membangunkan sektor pertanian di Malaysia.