Kajian fonologi kesalahan bunyi dalam bahasa kanak-kanak

Dalam proses pemerolehan bahasa pertama, kanak-kanak sering melakukan kesalahan bunyi semasa bertutur. Kajian ini dijalankan untuk melihat kesalahan bunyi bahasa kanak-kanak. Untuk tujuan ini, seramai sepuluh orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan tiga hingga lima tahun telah diperhati...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noor Shahirah Mohamad Rodzi,, Sharifah Raihan Syed Jaafar,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20678/1/26798-80872-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20678/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1116
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam proses pemerolehan bahasa pertama, kanak-kanak sering melakukan kesalahan bunyi semasa bertutur. Kajian ini dijalankan untuk melihat kesalahan bunyi bahasa kanak-kanak. Untuk tujuan ini, seramai sepuluh orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan tiga hingga lima tahun telah diperhatikan percakapan mereka melalui aktiviti seperti bermain dan bercakap bersama rakan. Kanak-kanak ini juga diminta menyebut nama haiwan pada gambar yang ditunjukkan. Data menunjukkan bahawa fenomena fonologi penggantian dan pengguguran konsonan berlaku ke atas sebutan kanak-kanak ini. Hasil analisis menunjukkan kanak-kanak ini paling sukar menghasilkan bunyi /r/ dan /s/ kerana kedua-dua konsonan telah digantikan masing-masing dengan konsonan [ɣ], [w] atau [l] dan [ʃ] atau [ʧ]. Selain itu, bunyi konsonan sengau /m/, /n/ dan [] digugurkan terus kerana sukar bagi kanak-kanak ini untuk menghasilkan bunyi tersebut. Kesimpulannya, kanak-kanak pada lingkungan usia ini berpotensi melakukan kesalahan beberapa bunyi ketika bercakap. Dalam kajian ini, kesalahan bunyi sesuatu konsonan itu telah sama ada digantikan dengan satu konsonan lain atau pun digugurkan sahaja konsonan tersebut.