Hubungan antara pendapatan dan perbelanjaan harian bagi golongan belia Melayu di Kuala Lumpur
Di bandar, aktiviti berbelanja menjadi semakin mencabar kerana lambakan penawaran barangan adalah lebih banyak, dan tidak terbatas berbanding jika di luar bandar. Namun demikian, ketika berbelanja terdapat faktor-faktor yang menyebabkan perbelanjaan bagi memenuhi satu-satu keperluan berbeza, t...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20667/1/26883-81229-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/20667/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1116 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Di bandar, aktiviti berbelanja menjadi semakin mencabar kerana lambakan penawaran barangan
adalah lebih banyak, dan tidak terbatas berbanding jika di luar bandar. Namun demikian, ketika
berbelanja terdapat faktor-faktor yang menyebabkan perbelanjaan bagi memenuhi satu-satu
keperluan berbeza, terutamanya adalah faktor ekonomi. Keterbatasan sumber ekonomi iaitu
pendapatan akan menyebabkan pengguna terpaksa menilai dan menentukan keperluan apakah
yang perlu dipenuhi terlebih dahulu. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis
hubungan antara perbelanjaan dan pendapatan. Kajian ini telah dijalankan ke atas 422 orang belia
Melayu di Kuala Lumpur dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan yang melibatkan
kriteria-kriteria khusus seperti berumur antara 20-39 tahun, tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur,
dan tingkat pendapatan. Satu set borang soal selidik digunakan untuk mengkaji konstruk yang
terpilih. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Jenis
analisis yang digunakan adalah kaedah analisis deskriptif bagi melihat latar belakang responden
dan kolerasi Spearman rho bagi menentukan hubungan antara perbelanjaan bagi keperluan harian
dan pendapatan. Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
pendapatan dan perbelanjaan bagi keperluan harian dengan makna yang lain, peningkatan
pendapatan tidak semestinya akan menyebabkan perbelanjaan bertambah. Kajian ini juga
membincangkan limitasi serta cadangan untuk kajian pada masa hadapan. |
---|