Pencirian permukaan kakisan keluli karbon dengan kehadiran konsortium bakteria penurun sulfat dalam persekitaran bergas CO2
Tingkah laku kakisan keluli karbon API 5L X65 dengan kehadiran bakteria penurun sulfat (SRB) dalam persekitaran CO2 adalah dikaji. Uji kaji yang dijalankan bagi meneliti tingkah laku kakisan adalah ujian kehilangan berat dan analisis permukaan. Spesimen keluli karbon didedahkan kepada medium k...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20662/1/30.pdf http://journalarticle.ukm.my/20662/ https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil9_2022/KandunganJilid51Bil9_2022.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tingkah laku kakisan keluli karbon API 5L X65 dengan kehadiran bakteria penurun sulfat (SRB) dalam persekitaran
CO2
adalah dikaji. Uji kaji yang dijalankan bagi meneliti tingkah laku kakisan adalah ujian kehilangan berat dan
analisis permukaan. Spesimen keluli karbon didedahkan kepada medium kawalan (tanpa konsortium bakteria) dan
dengan kehadiran konsortium SRB selama 10 hari dalam aliran gas CO2
yang berterusan. Biofilem, produk kakisan dan
kedalaman lubang yang terhasil dicirikan dengan mikroskopi elektron imbasan pancaran medan (FESEM), spektroskopi
tenaga serakan (EDS), mikroskop fokus tak terhingga (IFM) dan belauan sinar-x (XRD). Keputusan daripada ujian
kehilangan berat mengesahkan bahawa spesimen dalam keadaan kawalan membentuk kakisan seragam. Manakala
analisis IFM membuktikan bahawa sampel dengan kehadiran konsortium SRB menggalakkan penghasilan kakisan
setempat. Hal ini merujuk kepada nilai kadar penembusan liang yang lebih tinggi daripada kadar kakisan seragam
dengan kehadiran konsortium SRB. Penelitian menerusi FESEM-EDS membuktikan kehadiran sulfur pada spesimen
logam yang terdedah kepada SRB dalam persekitaran CO2
yang menyokong pembentukan lapisan FeS. Seterusnya,
pencirian XRD mengesahkan pembentukan Fe3
C dan FeS dalam sampel yang terdedah kepada SRB. |
---|