Penilaian cerun bagi meramalkan potensi tanah runtuh menggunakan kaedah sistem penilaian cerun model-B di Empangan Sultan Mahmud, Tasik Kenyir, Kuala Berang, Terengganu, Semenanjung Malaysia

Penilaian geobahaya cerun telah dijalankan di Empangan Sultan Mahmud, Tasik Kenyir, Kuala Berang, Terengganu menggunakan kaedah Sistem Penilaian Cerun Model-B bertujuan untuk meramalkan potensi cerun mengalami tanah runtuh dengan nilai skor geobahaya. Kajian juga bertujuan untuk menilai ketepata...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Anuri Ghazali,, Abdul Ghani Md Rafek,, Mohd Rozi Umor,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20661/1/29.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20661/
https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil9_2022/KandunganJilid51Bil9_2022.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penilaian geobahaya cerun telah dijalankan di Empangan Sultan Mahmud, Tasik Kenyir, Kuala Berang, Terengganu menggunakan kaedah Sistem Penilaian Cerun Model-B bertujuan untuk meramalkan potensi cerun mengalami tanah runtuh dengan nilai skor geobahaya. Kajian juga bertujuan untuk menilai ketepatan terhadap jenis cerun yang berbeza di ketiga-tiga kawasan kajian. Cerun di dalam kawasan kajian ini melibatkan cerun jenis potongan batuan, cerun potongan tanah dan cerun potongan batuan bercampur tanah. Terdapat 9 parameter yang diambil kira di dalam penilaian geobahaya iaitu sudut cerun, keluasan fitur, jarak dari permatang, bentuk cerun, peratusan fitur tak tertutup, kehadiran batuan terdedah, kehadiran saliran bertangga, kehadiran saliran mendatar dan kehadiran hakisan. Penilaian dijalankan di dalam batuan granit di kawasan berbukit iaitu di tiga tapak kajian iaitu tapak kajian 1, 2 dan 3 yang merangkumi keluasan 129 hektar. Hasil kajian di tapak kajian 1 mendapati skor geobahaya cerun batuan ini dikelaskan sebagai sangat tinggi dan tinggi. Faktor utama yang mempengaruhi skor geobahaya yang sangat tinggi dan tinggi adalah disebabkan sudut kecerunan yang tinggi dan keadaan batuan yang terdedah. Hasil kajian di tapak kajian 2 mengelaskan skor geobahaya adalah tinggi sahaja. Ini disebabkan oleh kecerunan yang tinggi, bentuk cerun, kewujudan hakisan dan tumbuhan tutup bumi. Manakala, hasil kajian di tapak 3 mendapati skor geobahaya adalah sederhana. Faktor utama yang menyebabkan skor geobahaya sederhana adalah kerana sebahagian merupakan cerun semula jadi, sudut kecerunan yang rendah, litupan tumbuhan pada cerun dan kehadiran hakisan yang rendah. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan kaedah Sistem Penilaian Cerun Model-B (SPCM-B) adalah bersesuaian untuk digunakan dalam memetakan skor geobahaya bagi cerun jenis tanah potongan kejuruteraan.