Kepintaran emosi sebagai faktor peramal pencapaian akademik pelajar IPTA: implikasi terhadap kebolehpasaran

Kajian ini adalah kajian penerokaan awal kepintaran emosi ke atas pelajar-pelajar tahun satu yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (n = 2150). Kajian tinjauan yang dilakukan ini telah menggunakan alat ukur Malaysian Emotional Quotient Inventory yang dibina oleh sekumpulan penyelidik dari U...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noriah Mohd. Ishak,, Shaharuddin Ahmad,, Kadderi Mohd. Desa,, Roslina Tan Abdullah,
Format: Article
Language:English
Published: 2008
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2062/1/noriah-et-al-tiada-muka-surat.pdf
http://journalarticle.ukm.my/2062/
http://www.ukm.my/jpppp/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah kajian penerokaan awal kepintaran emosi ke atas pelajar-pelajar tahun satu yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (n = 2150). Kajian tinjauan yang dilakukan ini telah menggunakan alat ukur Malaysian Emotional Quotient Inventory yang dibina oleh sekumpulan penyelidik dari UKM secara dalam talian. Kajian ini bertujuan untuk: (a) meneroka profil kepintaran emosi pelajar universiti, (b) melihat perbezaan trait kepintaran emosi tersebut dalam kalangan pelajar-pelajar yang berlainan jantina, dan (c) melihat kebolehan kepintaran emosi dan status sosio-ekonomi sebagai faktor peramal kepada pencapaian akademik pelajar universiti. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif (nilai peratus) dan statistik inferensi (Ujian-t dan Regresi Linear). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar tahun satu yang dikaji mempunyai Indeks Kepintaran Emosi (Indeks EQ) di tahap sederhana. Bagaimanapun pelajar didapati mempunyai nilai peratus yang rendah dalam beberapa domain termasuk kesedaran kendiri dan kemahiran sosial. Ujian–t yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan Indeks EQ yang signifikan dalam kalangan pelajar lelaki dan wanita. Pelajar wanita juga didapati mempunyai indeks EQ yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki. Pola ini dapat dilihat untuk beberapa bahagian sub-domain yang lain seperti motivasi kendiri dan empati. Walau pun, hasil Ujian Regresi Linear menunjukkan bahawa Indeks EQ adalah faktor penyumbang utama kepada pencapaian akademik pelajar berbanding dengan status sosio-ekonomi keluarga, namun, sumbangan tersebut adalah kecil. Kertas ini juga membincangkan kepentingan pembentukan trait kepintaran emosi untuk membantu pelajar meningkatkan kebolehpasaran mereka di bidang pekerjaan